Humairah suka bertanya... "Ibu.. Ibu... dah besar nanti Ibu nak jadi apa?" 😐😐😐😐😐😐😐
Dalam hati Ibunya berkata.. Awak tak tau ke Ibu ni dah besar... Dah tua dah pon...
Perli Ibu ke ape nih... 😒😒😒😒
Tapi sebagai Ibu yang baik dan sopan santun, Ibu pon jawab jawapan selamat... " Ibu nak jadi Ibu yang baik untuk Raiqal & Humairah" dengan muka yang sangat bahagia.. hahahahaha....
Tapi bila dia tanya... "Ibu... Makanana paling favourite Ibu ape?"... Ni paling senang nak jawab... Jawapan yang tak mungkin akan berubah.... UDANG MASAK TEMPOYAK BERPETAI.... 😋😋😋😋
Ini adalah gabungan cara mak saya (Guna Udang kerana wan tidak masak Udang) + Wan saya masak (Versi pedas, garing & masin)...
Bahan-bahan:
1. Kunyit Hidup (tumbuk)
2. Segenggam Lada Kampung campur warna hijau dan merah (tumbuk)
3. Tempoyak secukupnya
4. Air
5. Daun Kunyit / Daun Kesum
6. Petai
7. Garam
8. Asam Keping
Cara-Caranya:-
1. Basuh Udang sehingga bersih dan toskan. Saya tidak buang kulit udang sebab tempoyak yang melekat di kulit udang sedap rasanya.
2. Tumbuk lada kampung dan juga kunyit hidup sehingga lumat.
3. Tumiskan bahan bahan tumbuk dan air di dalam kuali. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari. Lagi sedap biarkan dia garing di tepi tepi kuali dan tambah air sedikit demi sedikit supaya rasa garing itu ada.
4. Selepas puas hati dengan kepekatan sambal tempoyak, masukkan pula petai dan diikuti dengan udang.
5. Masukkan juga asam keping supaya rasa masam sedikit (sambal tempoyak sepatutnya rasa masam baru sedap) dan daun kunyit / daun kesom yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar masak seketika.
5. Tambah air mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri. Saya suka biarkan sehingga bawah garing, kacau, tambah air, garing dan ulang beberapa kali sebab yang garing itu paling sedap sekali... Biasanya masak api besar sedikit sehingga pekat garing sambil kacau.
5. Perasakan dengan garam dan setelah puas hati dengan rasa dan kepekatan, tutup api makan dengan nasi atau roti pon sangat sedap.
Tak de gambar la plak... Ni gambar lama. Biasa la, benda selalu buat memang tak tangkap gambar. Benda yang sekali buat tu yang rasa bangga tu. 😂😂😂😂