Thursday, September 24, 2020

Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik, Bentong Pahang

Tak sangka akhirnya bercuti de Kampung Sendiri di tahun 2020 ini... 😌😌😌😌 

Dulu masa kecik kecik setakat main khemah, khemah, masak-masak, basikal, panjat pokok  tak heran langsung sebab menghadap benda tu setiap hari.

Sejak menetap di Johor Bahru selama 10 tahun, perkara perkara begini jarang berlaku.. Yang ada hanyalah shopping... shopping... shopping.... 

Sempena tahun 2020, Raiqal & Humairah pon dah besar, jadi kiteorang bawaklah budak budak ni tidor dalam Canopy.. Diaorang punya excited... Sebab malam malam dengar bunyik katak macam duduk sebelah telinga je. hahahaha.. Dengar Raiqal pon mengejek sekali bunyi katak tu. Macam dah berkawan baik pulak.

Kiteorang bertuah kerana dapat Canopy baru dan masih cantik. Dalam Canopy bersih dan Cantik. Bilik air juga bersih dan cantik. Malam banyak lampu, jadi tidak takut sangat... Budak budak pon bermain dengan gembira...

Harga semalam lebih kurang RM 300. Antara aktiviti yang disediakan adalah bermain Ping Pong, Buaian, Berbasikal, Mandi Sungai. Makan malam dan tengah hari tidak disediakan. Cuma makan pagi sahaja yang disediakan. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau kerana terdapat banyak kedai makan berhampiran tersebut.

Bercuti di Canopy Villa, Janda Baik Pahang


No comments: