Saturday, November 6, 2021

Makan best di Johor : Selera Tradisi Catering, Pontian

 Burasak... Lepat Lui dan Ketupat....

Bagi saya orang Pahang, Ketupat adalah makanan yang biasa dan selalu dimakan. Tetapi bila sebut Burasak dan Lepat Lui, sangat jarang didengari. Pertama kali dengar tak dapat nak gambarkan apakah rasa dan bentuk makanannya itu..

Bila tiba di kedai Selera Tradisi Johor ni, baru la tau macam mana rupanya Lepat Lui dan Burasak tu... Pelbagai makanan Johor ada disajikan di sini. Bukan sahaja 3 menu ini, malah Lontong, Serunding, Kari Daging, Beriani dan macam macam lagi ada dijual disini.

Lepat Lui dan Burasak ni adalah makanan Tradisi Orang Bugis. Lepat Lui adalah beras pulut yang dimasak secara rebus atau kukus kemudian dibungkus menggunakan daun pisang yang muda. Manakala Burasak pula di perbuat dari nasi lemak yang di kukus atau di rebus,pas tu di tekan2 di atas daun pisang muda dengan tangan jadikan dalam 4 segi selari (macam buat lepat pisang). Selepas itu, ia di bungkus dalam daun pisang lagi dengan menggunaakan daun yang banyak. Dalam bungkusan tu ada dalam 5 atau 6 keping Burasak dan di rebus selama 3 atau 4 jam,dah siap akan di toskan dalam raga.

Antara menu yang ada..
Banyak lauk dan ketupat
Banyak ketupat
Lepat Lut, Burasak & Ketupat ada diletakkan di atas meja dalam bilangan yang ditetapkan. Harga akan dikira mengikut bilangan yang kita makan.
Masakan dia memang sedap.
Inilah Lepat Lui. Pertama kali rasa. Sedap..
Makan bersama rendang ayam lagi sedap.

Kepada sesiapa yang nak merasa masakan orang Johor bolehlah singgah di sini. Tetapi kedai ni sentiasa penuh. Mungkin anda kena beratur panjang sebelum makan di sini.

Alamat Selera Tradisi Catering, Pontian :

No 290-A, Tkt Bawah, Jln. Alsagoff, 82000 Pontian, Johor

No comments: