Thursday, January 20, 2022

Johor : Hijrah Dim Sum

Pertama kali makan Din Sum ni adalah di Restoran Kai Xuan  yang terletak di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru. Bukan sahaja Din Sum, Nasi Goreng dan semua hidangan di sini sedap sedap belaka.

Tapi malangnya, Restoran ni telah tutup selepas bencana Covid 19. Lepas tu, dah susah nak cari Restoran Din Sum halal yang sedap di JB. Restoran Wan Li di  Hotel Renaissance, tak berapa berkenan rasanya.

Tiba tiba suatu hari, lepas balik kerja husband ajak makan Din Sum. Dia cakap chef redtoran Kai Xuan dulu kerja di sini plak. Jadi gembiralah hati kami sekeluarga nak p makan Din Sum.. Hahahaha.

Hijrah Dinsum ni terletak di No. 42, Jalan Beringin, Taman Melodies, Johor Bahru. Nampak dari luar agak menarik. Bila anda masuk ke dalam kedainya, akan dilayan oleh pelayan pelayan yang peramah.

Terdapat perbahai pilihan makanan yang ada. Ni antara menu yang ada: 




Menu dia nampak sedap.. Kiteorang jenis makan tak banyak. Jadi ordernya ala kadar je la.. Hahahaha.




Ni sahaja menu yang kiteorangt order. Tu pon penat nya menghabiskannya.
Hahahaha.. Durian Roll jagan dilupakan. Sedapnya sehingga menjilat jari.
Kepada peminat Din Sum boleh cuba makan di sini. Semoga rasanya kena dengan selera anda.

Assalamualaikum..














No comments: