Selain dari Hello Kitty Town & Thomas Town yang terletak di Puteri Harbour telah tutup sepenuhnya pada Disember 2019, kini satu lagi taman permainan kanak kanak, Angry Birds Activity Park bakal di tutup sepenuhnya pada 5 April 2021 nanti. Setelah 6 tahun beroperasi kini taman tersebut terpaksa ditutup sepenuhnya atas sebab sebab tertentu. Mungkin juga kerana lokasi yang tidak sesuai dI Komtar JBCC. Tak ramai yang singgah di situ, jadi tarikannya mungkin berkurangan.
Sebelum Angry Birds Activity Park ditutup, kami mengambil kesempatan untuk bermain di sini seharian. Musim Covid masih belum reda. Bagi memastikan taman tema tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat & bersih, Pihak pengurusan Angry Birds telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan dengan mengawal jumlah pengunjung yang masuk ke dalam taman tema dan menjalankan proses sanitasi berkala bagi memastikan kebersihan dan keselamatan setiap pengunjung yang hadir.
Bagi budak budak berumur 6 tahun dan 8 tahun, aktiviti di sini sangat menyeronokkan. Antara permainan yang ada di sini:
Simpan alamat Angry Birds Activity Parks di sini sebagai kenangan untuk anak cucu cicit nanti : 📍 Level 3, KOMTAR JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru
Selamat tinggal Angry Birds Activity Park Johor Bahru dan terima kasih atas keseronokan buat anak-anak kecil yang datang dekat sini.
No comments:
Post a Comment