Hari Pertama di Pulau Tioman.
Sehari sebelum berlepas ke Tioman, hujan membasahi negeri johor lebat sekali. Jalan ke mersing banjir pulak. Jadi kita orang semua berdoa supaya esok cuaca cerah. Walaupun Jabatan Kaji Cuaca telah mengeluarkan amaran yang Angin Monsun Barat telah pun bermula. Kiteorang risau je pergi Tioman tapi duduk dalam bilik je. Sedih... Hahahaha.
Berdebar ye kiteorang mengenangkan nasib nak pergi Tioman esok pagi bila jalan banjir dinaiki air. hahaha..
Untuk pergi ke Pulau Tioman, kiteorang menaiki Feri dari Tanjung Gemuk. Harganya dalam RM70 untuk dewasa (pergi dan balik) dan RM60 untuk kanak kanak (pergi dan balik). Sebelum dibenarkan memasuki Jetty, pengunjung wajib membuat pendaftaran di luar bangunan Jetty dan menjalani ujian Covid test bagi memastikan yang setiap pengunjung masuk ke dalam Tioman bebas Covid 19. Covid test ni, Cuma orang dewasa dan kanak kanak yang berumur 7 tahun ke atas je wajib buat. Jadi Raiqal terselamat la tak payah buat.
Setiap pengunjung disarankan tiba ke Jetty 2 jam sebelum kapal berlepas sebab kena buat ujian covid. Ferry berlepas pukul 11 pagi. Kitaorang bertolak dari rumah seawal jam 6 pagi. Perjalanan ke Tanjung Gemuk dari JB mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Jadi kita masa cukup untuk kita pergi makan dulu kat Mersing.
Dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam mengikut keadaan laut semasa. Sebelum menaiki feri, saya dah bagi ubat tahan muntah untuk budak budak ni. Takut takut nanti diaorang mabuk laut, pastu muntah. Ibunya jugak yang susah nanti. Dalam feri tu ada jugak la beberapa budak yang muntah sebab mabuk laut. Kesian diaorang. Harga parking kereta pulak RM15 sehari. Kiteorang parking 3 hari jadi kena bayarRM 45 di pintu keluar jeti Tanjung Gemuk tu nanti.
Ferry ni akan mengelilingi Pulau Tioman untuk menurunkan penumpang di Resort masing masing. masa turun ni tak nampak sangat beza darjat pengunjung Tioman ni. Nanti masa balik akan nampak perbezaan darjat yang sangat ketara. Resort yang mahal macam Tuna Maya kebanyakkannya muka chinese, orang putih yang kaya kaya. Mungkin diaorang datang untuk ootd, bergambar dan berbikini. hahahahaha. Ada resort yang banyak kaki pancing duduk. Ada resort rakyat rakyat marhean macam kiteorag duduk. Muka muka melayu yang nak datang untuk snorkling n main pantai je. Duduk hotel semata untuk tido. Kat sini mata terjaga sebab tak de yang pakai bikini. sebab kebanyakkannya Melayu. Jadi selamat bawak husband ye. 😁
Sampai di Resort dalam jam 2. Sebaik je tiba di Jetty akan ada motor yang menjemput. Orang Resort akan jemput untuk mengambil barang yang berat. Kita jalan kaki je ke bilik. Dekat je tak jauh. Biliknya bersih dan baru diubahsuai. Jadi selesa la duduknya. Bila masuk bilik jangan lupa cari penyapu. Mesti ada punya sebab biasanya bilik akan berpasir. Jadi pemilik resort akan menyediakan penyapu dalam bilik. Kiteorang jumpa penyapu pon masa nak balik. Sedih je. hihihi
Bila masuk pulau ni, kebanyakkan penduduk tak memakai Face Mask. Kita pon tak pakai sebab buat aktiviti laut. Macam mana nak pakai Face Mask kan.
No comments:
Post a Comment