Saturday, January 29, 2022

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Kalau pergi perak rasanya tak sah kalau kite tak singgah di Warung Mak Jay Kuala Sepetang. Masa kami baru sampai kat Warung Mak Jah, memang penuh dengan pelanggan. Kena beratur dan amnil nombor dulu sebelum dapat merasa kesedapan Mee Udang Mak Jah. Kat sini ada Rela yang menjaga lalu lintas dan mengawal pelanggan yang baru datang. 

Kat sini ada macam macam makanan lagi macam keropok lekor, bihun goreng dan macam macam lagi. Budak budak ni mesti la takkan makan Mee Udang kan. Jadi Humairah ngan Raiqal makan bihun goreng bersama dengan Tea O' ais favourite sepanjang masa.

Ni lah rupanya mee udang yang kiteorang dapat.. Mungkin sebab ramai orang jadi kualiti rasanya juga kurang. Rasa kuahnya macam dia letak sos je.. Udang ada banyak. Tapi rasanya lagi sedap mee udang di kedai biasa.
Budak budak makan bihun goreng favourite.
Sambil makan mee udang makan kopok lekor...
Walaupon rasanya biasa biasa tapi habis jugak mee udangnya.. Hahahaha.
Sesiapa yang nak pergi perak singgah lah ke Mak Jah Mee udang. Mungkin nasib korang baik dan dapat merasa rasa sebenar Mee Udang Mak Jah.

Warung Mak Jah ni di buka setiap hari kecuali hari Rabu antara pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Assalamualaikum...




No comments: