Friday, September 25, 2020

Menenangkan Fikiran di Cameron Highlands, Pahang

 Perkara yang paling saya suka bila duduk di Raub ini adalah, Raub ni sangat dekat dengan tempat tempat yang menarik. Dekat dengan Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Genting Highland, Janda Baik, Kuala Lumpur dan macam macam lagi la..

Masa balik selepas Lockdown hari tu, mama ajak kiteorng pergi naik ke cameron kejap jalan jalan. Kiteorang ok je cuma tak de bawak baju sejuk untuk budak je. Jadi kiteorang pakai la apa yang ada. Kalau rancang awal, confirm prepare baju sedondon semuanya. Hahahaha.. Biasanya plan yang tak dirancang la akan menjadi. Plan yang rancang lama lama biasa nya hanya tinggal perancangan sahaja. hahahahha.

Untuk pergi ke Cameron Highlands dari Raub, kita akan melalui Jalan Raub-Sg.Koyan-Cameron Highlands dengan jarak perjalanan lebih kurang 141 km. Jarak perjalanan dari Raub ke Felda Sg.Koyan adalah lebih kurang 50 km (45 minit masa pemanduan). Dari simpang Sg.Koyan anda perlu menempuh 91 km lagi untuk sampai ke Cameron Highlands dengan masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah. Struktur dan fizikal jalan ini berkeadaan baik, selamat dan selesa dilalui. 

Kiteorang pergi balik hari je. Jadi tak banyak tempat yang kite pergi. Sampai je kat sana kiteorang makan dulu kat kedai steamboat kat Cameron Highland. Nama dia tak ingat plak. Gambar pon tak amik. hahahaha. lapa sangat kot.

Pastu tempat pertama yang kite tuju semestinya Ladang Teh Boh. Tak Cameron la rasanya kalau pergi sini tapi tak singgah Ladang teh. Ladang teh ini terletak di Ringlet, 39200, Cameron Highlands dan mempunyai keluasan 8 ribu ekar yang merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara. Ladang teh ini dibuka untuk orang awan pada hari Selasa sehingga Ahad. Waktu operasi dari pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang sahaja. Jadi kalau pergi Cameron kena singgah sini terus. Nanti tutup tak dapat bergambar di ladang teh. Nanti orang tak percaya kite pergi Cameron Highland plak. Hahahaha.

Selepas melawat ladang teh kiteorang pergi ke Animal Feeding Rainbow Garden. Tiket masuknya murah je iaitu RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Kat sini, pengunjung boleh bergambar dan memberi makanan kepada haiwan yang terdapat di situ. Raiqal gembira sangat dapat bagi kambing makan. 

Sebelum balik raub kiteorang singgah di Pasar Malam Cameron Highlands. Bukan beli sayur pon. Jalan jalan je. Beli ais krim viral tu je.

Family Potret

Bersama Rabbit Kecik

Mengenangkan kerja sekolah yang tak siap lagi di JB mungkin

Wan bersama cucu cucunya
Bila adik beradik bergambar muka masing masing macam nak carik gaduh. Hahaha..

Ibu bersama anak perempuannya.. 
Mengajar cara cara bagi arnab makan
Dah berani bagi arnab makan
Bapak budak bermanja dengan kambing


Bye Cameron... Umur panjang kita jumpa lagi...

No comments: