Wednesday, September 23, 2020

Zoo Negara 2020

Trip ke Zoo Negara... 

Raiqal & Humairah gembira segembira-gembiranya bila dapat pergi ke Zoo Negara.

Tak ada yang menarik sangat pergi ke Zoo Negara. Zoo Negara dulu dulu lagi menarik daripada Zoo Negara tahun 2020. Setakat Harimau ada sekor, Anak Zirafah sekor, ular tak da.. tutup, singa sekor...

Apa yang kelakar... Semasa pertunjukan haiwan, Pekerja Zoo ingin memperkenalkan haiwan kepada penonton. Dia punya cerita dan suspen macam singa atau ular yang keluar.. Rupanya - rupanya ayam kampung yang datang.. terkedek kedek ayam betina n jantan tu masuk pastu makan dedak depan pentas..... hahahahahaha....😌😌😌😌😌. Betul betul terkejut. hahahahaha....

Selepas penat pusing satu Zoo Negara dalam masa kurang sejam sebab tak ada apa dan banyak tutup kiteorang kembali ke pintu utama. Cita-cita naik Bus dalam Zoo sambil menikmati pemandangan haiwan setelah penat menjaga dua orang budak yang hiper aktif dalam Zoo. Tapi sungguh mengecewakan kerana naik bus sekejap sangat dan bukan pusing satu zoo.. setakat pergi ke tempat singa yang tak berapa jauh, jalan 5 minit pon xsampai, pastu patah balik... menyesal betul beli tiket....

Overall... memang menyesal pergi Zoo Negara selepas PKP. macam tiada apa yang menarik. Haiwan makin sikit. Banyak kandang haiwan tutup. Bayar mahal.

Rasanya dulu nak keliling satu Zoo negara rasa macam Zoo Negara tu besar dan luas sangat sampai tak larat nak berjalan. Tapi kini macam menyesal. Macam jalan kat Taman Merdeka.

Mungkin inilah yang dikatakan Zoo Negara tahun 2020 dan di musim Pandemik. Haiwan haiwan pon perlu kekalkan penjarakan sosial supaya tidak terkena Covid-19 kot.

Main kat luar Zoo lagi menarik kot..

Balik dari Zoo Negara Raiqal mengadu kaki sakit dan luka kerana pakai selipar. Hasilnya, dapatlah kasut Skechers sorang satu..



Gembira dapat kasut baru.

No comments: