Sunday, April 11, 2021

Sambut Hari Jadi di K Fry Urban Korean Holiday Villa

 Sempena Hari Jadi Humairah, Ibu dia request nak makan di K Fry Urban Korean Holiday Villa (birthday anak, mak yang mintak nak makan mana. Sebab kalau anak mintak confirm p pizza je..)

Kat Johor satu satunya restoran K fry yang ada adalah di Holiday Villa Johor Bahru. Jadi kalau nak makan memang sentiasa penuh. Nak reserved macam tak elok pulak kan. Kedai ramai orang ko ngade ngade nak reserved. Kalau datang tepat pada masanya ok.. Kalau lambat kan menyusahkan semua orang...

Nasib kite baik masa tu. Datang sebelum ramai orang. Satu meja ada had masa yang ditetapkan. Sebab peak hour.

Sejak sejak makan korea ni, dah mula menyukai Bulgogi Fries.. Nasib baik ada mimie. Boleh menghabiskan makanan yang ada. Keluarga kiteorang ni semua perut kecik kecik je. Nak rasa semua tapi tak muat nak masuk semua.  Pastu mengada nak rasa Rice Ball dia. Rice ball nie dia buat depan kita. Dia gaul gaulkan semua bahan pastu dia tenyeh tenyeh jadik bola. Kawan cakap sedap sangat. Tapi mengah jugak la nak abiskan. Dan jugak kiteorang order ramen dan ayam tredemark K Fry kalau tak order jangan la makan sini iaitu bahasa kampungnya ayam salut cheese. Hahahaha.








Humairah Si Pemalu...

Mungkin kiteorang makan terlampau lama tiba tiba je staff dia menyanyi lagu Birthday. Kiteorang terutama Humairah terkejut tiba tiba nyanyi lagu birthday. Hahahaha...
Humairah pon malu malu bila semua orang nyanyi untuk dia.

No comments: