Thursday, September 24, 2020

Jom pergi mandi sungai di Pulau Chekas, Ulu Dong, Pahang!!!

 Hahahahaha.. Tajuknya macam dah lama sangat tak mandi sungai kat sini... Ye la dah jadi pelancong. Sekarang kite dah jadik bangsa Johor ye kawan kawan. Makan Lepat Lui. Dah x makan Tempoyak. 😂😂😂

Ni bukan satu satunya sungai yang ada di Raub ni ye, ada banyak lagi sungai di sekitar daerah Raub ni. Contohnya macam Lata Lembik, Lata Jarum, Jeram Pasu yang sesuai untuk berkayak dan aktiviti ekstrim, Jeram pangkin dan banyak lagi la. Pulau Chekas ni sesuai untuk budak budak sebab kawasannya yang tak berapa bahaya.

Masa kecik kecik dulu selalu datang ke sini. Mandi mandi air sungai sejuk sejuk. Rasa segar sangat. Kalau dulu nak masuk sini semuanya free. Tapi sekarang nak masuk dah kena bayar RM2. Kanak-kanak atau pelajar yang berumur 18 tahun kebawah, masuk adalah percuma. Pastu akan diberi plastik sampah. Jadi pihak pengunjung perlu memastikan kebersihan sungai dan tidak membuang sampah merata rata. Dah ada plastik sampah, jangan mengada nak buang dalam sungai plak ye.. Hahahahaha..

Parking kereta plak senang, kat tepi tepi jalan je.. Tapi biasanya kalau ramai pengunjung agak susah la nak cari parking. Kena jalan jauh plak. Tapi itu biasa untuk tempat rekreasi seperti ini kan. Terdapat juga gerai-gerai kecik tepi jalan jual makanan ringan macam sosej, jajan dan air.

Di sini, tak perlu risau sebab ada, tandas awam, bilik menyalin pakaian dan surau disediakan.

Dah baru dan cantik. Kalau 10 tahun lepas semua ni tak de. Hutan je.. Lagi tenang n natural gituwww...


                               


Dia jadik Maya Karin plak..


Alamat & No Telefon  Pusat Rekreasi Pulau Chekas
Alamat: lot 910, Jalan Dong - Ulu Dong, Kampung Peruas, 27600 Raub, Pahang
Telefon: 019-576 2222

No comments: