Monday, April 19, 2021

Kain Buruk Mahal Giler Norwex

 


'Ada kain buruk harga beratus-ratus ringgit? Membazir je beli.. Habis duit, kain buruk je pon..'
Dulu pemikiran sendiri pon begini, membazir duit beli benda benda mahal ni. Tapi bila dah cuba benda mahal, no wonder kenapa harganya memang mahal. Samalah macam beli kerete. Kereta saga harganya murah, kereta Mazda CX5 mahal. Walaupun kegunaan kedua duanya sama je, tapi kenapa orang lagi pandang CX5 berbanding Saga walaupun mahal. Semestinya kerana CX5 jauh lebih berkualiti dari Saga. Samalah dengan Norwex dan kain buruk lap dapur tu. Kualitinya memang berbeza. Kalau tak cuba memang tak tau.

Saya paling teruja nak cuba 'Window Cloth'. Rumah saya rmah apartment lama yang dah buruk. Rumah pulak tingkap bawah, debu kat tingkap tak usah la nak cakap. Tebal giler. Ditambah lagi dah lima tahun tak cuci sebab malas. Susah nak cuci tingkap. Nak kena basuh guna sabuh pastu lap lagi. Kalau rumah landed tu senang la nak lap kan. Ni rumah apartment, malu pulak nak lap kat luar rumah, orang lalu lalang tengok. Jadi debu kat tingkap tu dah memang tebal macam cermin kereta yang dah berbulan tak p cuci. Macam tu la. Nak pandang rumah sendiri pon malu.

Bila dapat je Norwex, kain pertama yang dicuba adalah 'Window Cloth'. Dia punya senang nak lap tak sampai 5 minit dah bersih tingkap. Perghhhh.. Teruja giler kot. Patut la harganya mahal. Tak perlu sabun, tak perlu bilas, cuma basahkan pastu lap cermin yang kotor. terus berkilat. Senang giler...

Nak upload video tak sempat sebab hari tu terlebih excited nak guna. Nanti bila dah rakam kita upload plak. Apa apa nak tanya PM ye. Nanti kite explainkan.


No comments: