Wednesday, December 9, 2020

Pengalaman Swab Test Budak 5 tahun...

 Pandemik 2020.. Coronavirus.... Penyakit yang paling senang dijangkiti dan menjangkiti... 
Penyakit yang paling ditakuti di zaman 2020. Akhirnya... Raiqal dipanggil untuk buat swab test...
 Cikgu Raiqal maklumkan bahawa salah seorang cikgu Raiqal kena Swab Test pada 03 December 2020, jantung macam nak terhenti tapi berdoa tak henti supaya keputusan cikgu tersebut negatif.
Pada keesokan harinya, seawal 9 pagi, pengetua sekolah Raiqal memaklumkan bahawa keputusan cikgu tersebut positif dan Raiqal diarahkan supaya kuarantin dan bersedia untuk dipanggil Swab test.
Sebagai persediaan untuk swab test, Raiqal minum air lemon + madu, makan sup ayam yang banyak bawang putih untuk kuatkan antibodi badan, minum berocca dengan kuantiti yang sedikit dan kuarantin di bilik seorang diri. Pada pukul 11.00 malam hari yang sama, dapat panggilan daripada KKM untuk datang ke Pusat Swab Test Permas Jaya pada pukul 10 pagi. Debaran di hati makin kuat terasa diiringi doa supaya Raiqal tabah menghadapi Swab Test itu nanti.

Hari yang mendebarkan telah pun tiba, Ujian Swab secara beramai ramai di Dewan Muafakat Permas Jaya. Terasa seperti program sekolah pulak sebab semuanya diuruskan oleh Cikgu Sekolah. Ibu bapa hanya hantar anak untuk berdaftar sahaja. Raiqal memang tidak tinggal dengan anak patung Simbanya. Peneman dia di masa senang dan susah...

Alhamdullillah Raiqal berani dan menangis sedikit sahaja semasa cucuk hidung.. Dia kata la..  Keputusan Raiqal diketahui selepas 3 hari. Sekiranya tiada call dari KKM maksudnya keputusan Negatif. Dan Swab test kedua diambil pada 16 December 2020.

  
                             Muka cuak bila dapat tahu kena Swab Test. Simba tetap bersama.
                                     Pujuk menggunakan hand phone.. Hasilnya mesti berjaya.. 

Selepas pakai tali pink, maka kuarantin pon bermula. Bila ditanya seronok tak kuarantin, Raiqal cakap seronok sangat. Mana tak seronoknya, makan main order je, duduk dalam bilik sorang, main hp ibu tak bergaduh dengan kakak, main dari pagi sampai malam, pagi tak kena marah, nak air order je.. hahahaha... Ibu dia yang tak boleh tidur risau keputusan si budak ini. 

                                  Muka ceria kena kuarantin.        Tidur bersama Tiger, Lion & Simba.

Yeay!!!! Alhamdulillah, tiada call dari KKM. Maksunya perlu pergi second swab test pada 16 December 2020. Ini hanyalah ambil darah, test dan tunggu selama setengah jam. Kebanyakkan keputusan adalah negatif. Begitu juga Raiqal. Negatif. Alhamdullillah....

                           Peralatan untuk Ujian Covid ke-2.    Muka Cuak nak kena ambil darah.
Muka gembira bila keputusannya adalah Negatif!!!

Keesokannya, potong tali merah di PKPD JB. Muka ceria dan happy tak perlu kuarantin sudah.


Ceria nak potong tali merah.

                            Tali kenangan. Bye Bye tali Pink.                   My Boy!!!


Alhamdullillah.. Semuanya adalah ujian bagi Raiqal. Raiqal bertuah kerana peroleh pengalaman yang berharga ini. Terima kasih Raiqal kerana kuat melawan virus Covid-19 ini.

No comments: