Thursday, November 25, 2021

Bath and Body Works Sales November 2021

 Ini adalah sale untuk Bath and Body works pada November 2021. Sales dia macam biasa la, buy one free one, buy two free one.. Dan Sales untuk bulan November 2021 ni plak dikenali dengan nama Black Friday, buy 3 free 3. Maksudnya beli apa-apa 3 produk bath and body works akan dapat free 3 lagi produk. Harga akan dikira berdasarkan harga produk yang paling mahal. Rasanya pada tahun 2018, sales dia lagi murah. Satu Body Lotion harga RM19. Tapi tu la tak da simpan. Jadi kita simpan sale pada tahun 2021 ni disini. Mungkin nanti bila Singapore boleh masuk Johor harga sales dia jadi lagi mahal kan. Bila dia cakap once a year tu jangan percaya bulat bulat ye. Setiap tahun ada sales. Ni nanti 12.12 dan Christmas mesti ada sales lagi kan. 






Barangan dia semua nya bewarna warna. Cantik sangat..





Nasi Lemak Lobster, Johor

 Hari ini keluarga saya datang dari Kuala Lumpur. Mak nya mengidam nak makan nasi lemak lobster. Jadi kisahnya, sesampai je mereka ke sini, mereka pon ambil la saya kat tempat kerja.. Pastu kite pon terus menuju ke Nasi Lemak Lobster yang viral terletak di Setia Tropika. Walaupun saya duduk di Johor dan dah selalu sangan dengar Nasi Lemak Lobster, saya tak pernah sekali pon makan kat sini. Hahahahaha..

Nasi lemak Lobster ni ada juga jual Spaggeti, Menu Westen macam Ciken Chop, Dessert dan lain lain.
                     Tengah memilih menu.               Hasilnya Nasi Lemak Lobster merangkak saiz L.

Nasi Lemak Lobster merangkak saiz L              Nasi Lemak Sotong Crispy.             

Tuesday, November 23, 2021

Jengka Rabbitland

Pada tanggal 29 November 2021, Alhamdullillah.... Akhirnya, kami telah pulang ke kampung halaman setelah hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke Negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta.

Seperti biasa apabila pulang ke kampung halaman husband, dia akan membawa ayahnya ke bandar kuantan untuk mencari ubat terkawal yang agak susah didapati.

Apabila stok dah ada, belilah 10 papan.. Harga sepapan ubat itu mencecah RM65 (Mahalnya la ubatnya...). Jadi jumlah keseluruhan RM650.

Sebelum pulang ke Johor Bahru, kami sempat singgah ke sebuah mini zoo dan tempat rekreasi yang terletak di 83, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang...

Harga Tiket: RM 8 (Dewasa) RM 5 (Kanak-Kanak) RM 1 (Makanan Arnab)

Yang menariknya di sini, selain ada arnab, anak-anak juga boleh melihat unta, menunggang kuda dan juga bergambar di rumah Hobbit yang comel!!!!

Cuaca di Jengka memang agak panas, walaupun kami pergi pukul 5 petang masih terasa bahang kepanasannya. 

Menyentuh badan Unta..
Menunggang Kuda...
Di rumah Hobbit..
Dalam Rumah Hobbit...

Memberi Arnab Makan. Makanan arnab kena beli. Satu paket kecil RM1.

Friday, November 12, 2021

Trip ke Pulau Tioman - Hari Ketiga

 Hari ni, sebelum pulang kiteorang sarapan pagi di atas laut ditemani angin sempoi sempoi bahasa dengan pemandangan yang indah. Seawal pukul 7 pagi, kami mengambil kesempatan bergambar sebelum pulang ke Johor. Kami beli nasi lemak, donut dan air teh tarik dan berkhelah atas pangkin yang memang disediakan oleh resort untuk bergambar.

Pukul 8 dah dengar Feri memanggil manggil untuk berlepas. Kiteorang ingatkan Feri pukul 9, jadi kite masih lagi bersenang lenang tangkap gambar. Rupanya Feri berlepas kul 8. Nasib baik tak ketinggalan Feri. Hahahahaha. Jenuh jugak la lari dari bilik ke Feri. Nasib baik resort yang paling hujung sekali. Kalau tak rasanya dah tertinggal rasanya. Kena tunggu next Feri pulak.



Pemandangan Sarapan Pagi yang Menenangkan.



Anak kedua yang nakal tetapi selalu menenangkan hati ibunya..


Trip ke Pulau Tioman - Hari Kedua

Lepas je solat Subuh, kami terus keluar mencari sarapan pagi. Kami makan nasi lemak  dan teh tarik manakala budak budak makan donut di kedai yang ada sekitar resort. Selepas makan, kite pon ambil kesempatan ambil gambar pagi di sini. Humairah memang pandai tangkap gambar. Kebanyakkan gambar yang dia ambil, semuanya cantik. Cuma kadang kadang dia malas ambik gambar sebab dia selalu jadi mangsa ibunya. Sebab, gambar yang dia ambil selalunya lagi cantik dari ayahnya tu. 

Cantik gambar humairah tangkap.. Automatik ibunya pon jadik cantik dan nampak kaki panjang. 😉
Cam ni pon nampak nice bila humairah tangkap walaupun gelap.

Tepat pukul 9 pagi, kiteorang terus naik boat untuk pergi shorkling. Pakai terus baju renang beserta dengan jaket keselamatan. Mask snorkling kena jaga baik baik sebab kalau hilang kena bayar RM100 satu mask. Alhamdullillah hari ini juga cuaca sangat cantik. 

Belum snorkling muka dah nak gelap ye kakak.
Budak jaga muka. Sentiasa pakai topi cam ibu. Hahahahaha.
Semua eksited tak sabar nak p snorkling.

Lokasi pertama yang kiteorang pergi adalah Batu Malang. Pemandangan laut dalam di Batu Malang sangat menakjubkan dengan pembentukan batu karang, spesies ikan yang jarang ditemui seperti ikan barracuda, butterfly fish, clownfish (Ikan Nemo), cuttlefish, lion fish, parrotfish dan banyak lagi ikan berwarna-warni yang lain. Sini adalah laut dalam yang menjadi tempat kegemaran geng skuba. Tapi geng kite dipenuhi dengan mak mak yang takut tenggelam dan anak anak kecik, jadi kita pon snorkling je la atas permukaan air. Ini adalah percubaab kali kedua kiteorang snorkling. Seram memang ada. Takut tenggelam kan. Cuma masa dalam air kena tenangkan fikiran jangan takut. Kalau dah pakai jaket keselamataan dengan betul confirm takkan tenggelam Macam Raiqal dan Humairah. Berani betul diaorang berenang. Ibu pon takut sebenarnya. Terpaksa la berpaut pada Humairah dan Raiqal untuk snorkling. ☺

Lepas snorkling kita pon pergi makan di Kampung Kekek. Kalau tak cukup duit nak bayar di Restoran atau kedai di Tioman ni jangan risau. Diaorang semua dah maju. Boleh transfer online je kat diaorang nanti diaorang akan bagi no akaun. Senang sejak Covid melanda semua boleh online je.

Lepas makan kite pergi ke Pulau Tulai pulak. Pulau Tulai atau dikenali sebagai "Coral Island" adalah salah sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di sini dan untuk ke sini. Pasir di sini putih dan air lautnya kebiruan. Sangat cantik untuk fotografi.

Taman Laut Pulau Tioman,adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada keindahan luar biasa Pulau Tioman adalah kerana ianya telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara.

Aktiviti snorkling di sini cetek je separas pinggang. Sesuai untuk anak anak nak snorkling, pastu bagi ikan makan. Dapatlah melihat ikan dengan dekat. Macam nak usik pon ada rasanya. Tapi bukan mudah ye nak usik ikan.

Makan di Kampung Tekek

Sesi menghitamkan kulit pun bermula
Walaupun terapung, gaya itu tetap paling penting
Bila dah terlampau lama PKP, PKP, PKP lagi dan bila jumpa pasir.. Eksited sangat. 
Pantai yang jernih dan cantik
Putihnya pasir dia
Snorkling time
Main pasir.. Mandi.. Pasir... Mandi..

Wednesday, November 10, 2021

Hari Pertama di Pulau Tioman

Hari Pertama di Pulau Tioman.

Sehari sebelum berlepas ke Tioman, hujan membasahi negeri johor lebat sekali. Jalan ke mersing banjir pulak. Jadi kita orang semua berdoa supaya esok cuaca cerah. Walaupun Jabatan Kaji Cuaca telah mengeluarkan amaran yang Angin Monsun Barat telah pun bermula. Kiteorang risau je pergi Tioman tapi duduk dalam bilik je. Sedih... Hahahaha.

Berdebar ye kiteorang mengenangkan nasib nak pergi Tioman esok pagi bila jalan banjir dinaiki air. hahaha..

Untuk pergi ke Pulau Tioman, kiteorang menaiki Feri dari Tanjung Gemuk. Harganya dalam RM70 untuk dewasa (pergi dan balik) dan RM60 untuk kanak kanak (pergi dan balik). Sebelum dibenarkan memasuki Jetty, pengunjung wajib membuat pendaftaran di luar bangunan Jetty dan menjalani ujian Covid test bagi memastikan yang setiap pengunjung masuk ke dalam Tioman bebas Covid 19. Covid test ni, Cuma orang dewasa dan kanak kanak yang berumur 7 tahun ke atas je wajib buat. Jadi Raiqal terselamat la tak payah buat.

Muka gembira keputusan ujian negetif. Alhamdullillah..

Setiap pengunjung disarankan tiba ke Jetty 2 jam sebelum kapal berlepas sebab kena buat ujian covid. Ferry berlepas pukul 11 pagi. Kitaorang bertolak dari rumah seawal jam 6 pagi. Perjalanan ke Tanjung Gemuk dari JB mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Jadi kita masa cukup untuk kita pergi makan dulu kat Mersing.

Semua muka eksited nak p Tioman.. Raiqal panggil tidoman.. Risau je p sana betul betul tido je kat hotel sebab hujan. 😁
Dua orang budak yang sangat gembira dapat guna kendi basuh tangan. Hahahaha.. Budak bandar kan. Mana pernah jumpa.

Dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam mengikut keadaan laut semasa. Sebelum menaiki feri, saya dah bagi ubat tahan muntah untuk budak budak ni. Takut takut nanti diaorang mabuk laut, pastu muntah. Ibunya jugak yang susah nanti. Dalam feri tu ada jugak la beberapa budak yang muntah sebab mabuk laut. Kesian diaorang. Harga parking kereta pulak RM15 sehari. Kiteorang parking 3 hari jadi kena bayarRM 45 di pintu keluar jeti Tanjung Gemuk tu nanti.


Muka monyok tak sabar nak naik Ferry.

Let's Go...

 Ferry ni akan mengelilingi Pulau Tioman untuk menurunkan penumpang di Resort masing masing. masa turun ni tak nampak sangat beza darjat pengunjung Tioman ni. Nanti masa balik akan nampak perbezaan darjat yang sangat ketara. Resort yang mahal macam Tuna Maya kebanyakkannya muka chinese, orang putih yang kaya kaya. Mungkin diaorang datang untuk ootd, bergambar dan berbikini. hahahahaha. Ada resort yang banyak kaki pancing duduk. Ada resort rakyat rakyat marhean macam kiteorag duduk. Muka muka melayu yang nak datang untuk snorkling n main pantai je. Duduk hotel semata untuk tido. Kat sini mata terjaga sebab tak de yang pakai bikini. sebab kebanyakkannya Melayu. Jadi selamat bawak husband ye. 😁

Sampai di Resort dalam jam 2. Sebaik je tiba di Jetty akan ada motor yang menjemput. Orang Resort akan jemput untuk mengambil barang yang berat. Kita jalan kaki je ke bilik. Dekat je tak jauh. Biliknya bersih dan baru diubahsuai. Jadi selesa la duduknya. Bila masuk bilik jangan lupa cari penyapu. Mesti ada punya sebab biasanya bilik akan berpasir. Jadi pemilik resort akan menyediakan penyapu dalam bilik. Kiteorang jumpa penyapu pon masa nak balik. Sedih je. hihihi

Bila masuk pulau ni, kebanyakkan penduduk tak memakai Face Mask. Kita pon tak pakai sebab buat aktiviti laut. Macam mana nak pakai Face Mask kan. 

Bila sampai je terus makan sebab lapar. Lepas makan je terus terjun pantai. Alhamdulillah cuaca sangat cantik hari sampai tu. Budak budak tak sabar nak terjun pantai. seronok. Mainla diaorang dari kul 4 tu sampai Maghrib. Tak tak kisah hitam ke burn ke.. Asalkan mandi!!! Tapi sedih. Go pro rosak. huhuhu..

              Ibu yang takut muka burn. Tapi burn jugak..               Go Pro sebelum rosak..

Masing masing eksited cuba baju untuk snorkling pada keesokan harinya..

Malam tu, kiteorang makan kat kedai yang ada kat resort. Makan tomyam macam biasa. Kegemaran Humairah. Rasa dia boleh la dari tak de kan. Pas makan terus masuk bilik tido untuk aktiviti esoknya.
Paksa kakak bergambar. Kakak tak nak...