Seperti yang telah tersebar secara meluas di media sosial, Facebook, Telegram & Group Wasapp, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua atau nama singkatanya PKP 2.0 di Malaysia selama 2 minggu, bermula dari 13 Januari sehingga 26 Januari 2021. Bagaimanapun PKP kali ini bersasar, hanya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.
Antara perkara perkara yang di sekat adalah kebenaran beriadah berjoging dan berbasikal. Bagi memastikan kesihatan fizikal dan minda, kerajaan membenarkan untuk keluar rumah beriadah. Hanya dua orang dibenarkan bersama dengan menjaga penjarakan fizikal 2 meter dari orang lain. Jangan berjoging atau berbasikal berkumpulan.
Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan untuk kawasan PKP. Manakala pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara.
Di sektor pekerjaan pula, hanya 30% pekerja dari kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Penjarakan fizikal perlu dilaksanakan sepanjang masa dan tindakan tegas seperti menutup premis akan diambil jika perlu.
Tempat kerja saya telah menjalankan sistem kerja secara bergilir. Di kesempatan ini saya gunakan untuk berjongging, skipping dan menurunkan berat badan berlebihan yang semakin naik dari tahun ke tahun. Tapi apakan daya kita tinggal di Bandaraya.. Rumah tiada taman pula. Jadi parking tempat letak keretalah tempat kami beriadah. Sungguh kesian..