Thursday, March 25, 2021

Merchant logo Mr.Dakgalbi Sunway BigBox

 Restoran Korea tempat kegemaran Humairah sudah semestinya Mr. Dalgakbi. Kenapa Humairah suka? Sebab ada banyak cheese panjang panjang dan dia boleh makan cheese sepuas punya sampai perut buncit. 😅😅😅

Dulu pertama  kali makan Mr Dalgakbi ni kat Sutera Mall. Sekarang Johor semakin maju, dia ada buka kat Sunway BigBox plak. Kat sini lebih luas dan selesa. Sesuai anak nak main lari lari.

Masa mula mula masuk sini, yang menyambut kami dia punya taukeh. Made in Korea. Original orang korea. Jadi dia tak paham pon apa yang kita cakap. Jadi dia tunjukkan tempat je sebab kite dah reserved awal awal.

Kiteorang ni memang tekak melayu sangat. Makan Tempoyak ngan Petai je. Sekali tengok menu.. aaaa sudah... nak order ape.. 😅😅

Jadik kite  order la set yang ada dikelilingi oleh cheese. Sebab Humairah suka. Sama cam resporan KFry. diorang akan masak nasi n ramen tu depan kita. Macam kat atas ni, dia tengah masak Special Fried Rice + Cheese. Dia akan letak nasi kosong atau mee ramen pastu campur ngan sambal dia. Jadik la macam dalam gambar tu. Boleh request nak pedas mana. Tapi biasanya korea ni xpedas mana pon. Pastu boleh add on macam macam, sayur ke, ramen ke, tteokbokki ke, kobis ke, ayam ke dll... Tekak kiteorang boleh ramen n rice je. ahhaha. ngan cheseee.





Raiqal punya eksited makan sambil berdiri.

Seronok bila anak anak seronok. Semoga rezeki dia makin murah sebab selalu belanja kiteorang makan makanan sedap sedap. Amin...

Sunday, March 21, 2021

Belajar Menjahit

 Bila anak dah besar dan sekolah, mulalah rasa sunyi duduk sorang sorang kat rumah kan.
Jadi secara tiba tiba muncullah hobi baru iaitu menjahit...
Survey punya Survey, tak banyak yang saya jumpa kelase manjahit di Johor ni..

Jadi saya pilih la salah satu Kelas Menjahit di Johor Dengan Pekej di Bawah:

1) Pakej A (Harga : RM 3,499.00)
Untuk 10 Fesyen Pakaian Wanita + Pakaian Lelaki 
** Percuma Jahit Tudung 1 fesyen  + Belajar Baju Kanak2 Perempuan 1 Jenis 
** Boleh Bayar Ansur  2 Kali / 3 Kali  
** Akan mendapat Sijil Menjahit

2) Pakej B (Harga : RM5,499.00)
** Untuk 20 fesyen Pakaian Wanita + Pakaian Lelaki  
** Percuma Belajar Jahit Tudung 1 Fesyen + Belajar Jahit Baju Kanak2 Perempuan 1 Fesyen.
** Boleh Bayar Ansur  2 Kali / 3 Kali  
** Akan mendapat Sijil Menjahit

3) Pakej C (Harga : RM1,899.00)
 ** 5 Jenis Pakaian Yuran 
** (Tidak Ada Sijil )
** Belajar Hingga Siap

Waktu belajar adalah Flexsible. Boleh datang bila-bila masa mengikut masa berikut:

Hari : Jumaat-Rabu (Khamis Cuti + Public Holiday)
Waktu : 10.00 am - 5.00 p.m