Saturday, October 1, 2022

Tampalan gigi saya tertanggal!!! Saya nak pakai Braces!!!! Tak nak pakai gigi Palsu!!!

Pelik tak tajuk post nie?? Hahahaha..

Ape kena mengena tampalan gigi dengan braces dan gigi palsu kan? hahahahaha...

Semua orang tak nak pakai gigi palsu kan? Samalah dengan saya.. Setiap kali pergi klinik gigi, tanya dr gigi ape perlu buat, kalua Doktor cakap buat gigi palsu rasa macam kelakarnya la hai gigi palsu.

Kisahnya bermula pada hari itu, masa tengah makan mee celup, tiba tiba terasa macam ada benda keras dalam makanan. Mula la terasa macam.. jangan la tampalan kat gigi depan ni tertanggal… Sekali tengok, betul itu adalah tampalan gigi yang kat depan ni. Rasa macam nak je terus cabut gigi susu depan ni..

Gigi saya ni ada 3 gigi susu yang belum tanggal sejak kecil. Gigi susu itu terletak di bahagian depan dan atas.. Gigi kapak diapit oleh 2 gigi susu sederet belah kiri dan 1 gigi susu belah kanan. Jadi susunan giginya memanglah tersangat buruk.. Gigi susu ni kecik di sebelah gigi kapak yang besar. Nampak pelik dan buruk sangat.. Bila senyum tu memang buruk sangat la muka rasanya..

Bila tampalan dah tertanggal, niat memang dah tak nak tampal dah sebab tahun ni je dah 2 kali tampal kat gigi yang sama. Rasa membazir duit tampal gigi last last dah tak tahan. Rasa macam nak cabut je biar rongak. Pastu saya pergi la ke Klinik Dhia Dental, kat bandar Baru Uda. Mula mula memang nak buat braces je. Tapi masalah gigi saya bukan berlapis atau berterabur. Masalahnya adalah gigi susu tang tak nak tanggal dan ada gigi kekal dalam gusi yang tak nak keluar.

Mula Mula Dr saranan kan 3 pilihan iaitu buat Implan atau buat bridge (jambatan gigi) atau pakai gigi palsu. Kalau buat impan maksudnya tanam skru dalam gusi dan pasang gigi baru yang cantik. Hasil gigi sama seperti gigi kekal. Cuma masalahnya adalah harga implant sebatang gigi mencecah RM7K. Rasa macam nak pengsan bila dengar harganya. Hahahaha.

Kaedah yang kedua plak adalah buat bridge atau jambatan gigi. Kalau buat bridge dia tak boleh buat 1 gigi je. Minimum kena 3 batang gigi. Sebab kena ada gigi sokongan kiri dan kanan untuk mengukuhkan gigi yang lompong tu.  Gigi kiri dan kanan kawasan gigi yang telah dicabut pula akan dihakis untuk meletakkan jambatan gigi. Satu gigi harganya RM1,000.00. Dalam kes saya kena 4 gigi yang terlibat termasuklah gigi kapak. Jadi jumlahnya adalah4,000.00. Bila terbayang yang Dr akan kikis gigi kapak untuk pasang Bridge rasa macam tak sanggup rasanya merosakkan gigi kekal yang tiada masalah. Sayang gigi kite kan. 

Pilihan yang ketiga yang paling saya tak nak buat adalah gigi palsu. Rasa macam dah tua je kena pakai gigi palsu. Harga gigi palsu pula dalam RM450 dan tambahan RM50 untuk setiap gigi yang berikutnya. Kalau kena pasang dawai kena tambah lagi RM50.

Sedih rasanya.. Dulu Doktor gigi datang sekolah selalu pesan suruh jaga gigi,rawat gigi. Jangan lupa gosok gigi. Bila kita jaga sejak kecil, gigi susu jadi kuat dan tak nak tanggal pula. Dah besar menyusahkan juga. Menyesal pula rasanya bila jaga gigi masa kecik kecik dulu.

Masa Nurse cek gigi, kenapa la dia tak cabutkan gigi susu ni terus ye. Dah tau ada gigi susu tak tanggal, cabutkan je la. Jadi ape gunanya datang ke sekolah cek gigi. Huhuh..

Pastu kite pon request nak buat braces. Mungkin boleh cantikkan sikit gigi. Doktor akan ambil X-ray untuk tengok kedudukan gigi terlebih dahulu. Semasa X-Ray dijalankan, tak boleh pakai sebarang barang kemas atau besi seperti subang, penyepit rambut  ataupun rantai.  Doktor akan ambil gambar depan dan juga sisi. Kalau nak copy X-ray dalam pendrive, perlu bayar RM 25.

Selepas ambil X-Ray, Doktor akan buat acuan gigi atas dan bawah. Saya baca banyak blog, ramai yang cakap rasa tak sedap,  bila acuan tu dimasukkan ke dalam mulut rasanya tak sedap. Ada yang rasa nak muntah dan sebagainya. Tapi mungkin tengok pada kemahiran Doktor sendiri tu kot. Saya tak de rasa apa apa yang tidak selesa. Sebab proses buat acuannya sekejap je.. Dalam dua minit atas, dan dua minit bawah.

Oleh kerana Doktor yang saya jumpa ni bukanlah Doktor yang buat braces dia suruh saya datang lagi untuk jumpa Doktor Braces minggu depannya. Berdasarkan kepada X-Ray gigi saya, ada gigi kekal kat dalam gusi. Jadi, kes saya bukanlah kes mudah. Mungkin akan melibatkan Doktor pakar. Jadi, Doktor nasihatkan saya untuk berbincang dengan Doktor Pakar pada minggu depan untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses dan juga harga untuk pasang Braces.

Harga untuk X-Ray dan buat acuan adalah RM200.


Bersambung….


Thursday, February 10, 2022

Makan menarik di Johor - Kitchen Spice

 Spice Kitchen terletak di Wisma SP Setia, Bukit Indah. Namanya tidak lah sepopular 7 spice yang kat Danga Bay tu. Selalu jugak lalu sini tapi tak tergerak pon hati nak pergi sini.

Kitchen Spice ni tak sesuai dengan selera saya. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir kiteorang makan kat sini. hahahahha.. Pelayan restoran ni mungkin bangla ataupun dari negara india sana tu. Dia tak pandai cakap Bahasa Melayu. Kena comunicate dalam Bahasa Inggeris. Jadi agak susah bila nak suruh diaorang explain satu satu menu.. Bahasa Inggeris diaorang pon bukan elok sangat. ahahhaha.

Eh lupa pulak nak amik gambar menu ngan makanan. Tapi macam biasa la order air kelapa. cheese nan dan kari ayam. Pelayan tu ada bagi free 2 makanan india iaitu Pani Puri dan Hot Gulab Jamun. Jangan salah faham ye, Hot Gulap Jamun ni bukannya panas, dia aid krim susu walaupun nama dia




'hot'.



Inilah Pani Puri.. Street Food India..

Cara persembahan dia macam ni.. Nampak pelik ke kreatif ye? hahaha
Dia ajar cara cara nak makan pani puri selepas tengok kiteorang terpinga-pinga tak tau macam mana nak makan. hahahah

Inilah Hot Gulab Jamun.. Dia macam ais krim susu asli.. 
Kesimpulannya, tekak kiteorang ni bukanlah tekak india.. Kalau pergi melancong ke india tak tau la boleh makan tak dessert dessert diorang ni..

Masa bayar, pelayan tawarkan jadi member restoran diaorang. Kalau apply dapat Voucher RM100 ketiga tiga Restoran Marco Polo, The Banana Leaf dan The Spice Kithen.. Alhamdullillah. 




Saturday, January 29, 2022

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Kalau pergi perak rasanya tak sah kalau kite tak singgah di Warung Mak Jay Kuala Sepetang. Masa kami baru sampai kat Warung Mak Jah, memang penuh dengan pelanggan. Kena beratur dan amnil nombor dulu sebelum dapat merasa kesedapan Mee Udang Mak Jah. Kat sini ada Rela yang menjaga lalu lintas dan mengawal pelanggan yang baru datang. 

Kat sini ada macam macam makanan lagi macam keropok lekor, bihun goreng dan macam macam lagi. Budak budak ni mesti la takkan makan Mee Udang kan. Jadi Humairah ngan Raiqal makan bihun goreng bersama dengan Tea O' ais favourite sepanjang masa.

Ni lah rupanya mee udang yang kiteorang dapat.. Mungkin sebab ramai orang jadi kualiti rasanya juga kurang. Rasa kuahnya macam dia letak sos je.. Udang ada banyak. Tapi rasanya lagi sedap mee udang di kedai biasa.
Budak budak makan bihun goreng favourite.
Sambil makan mee udang makan kopok lekor...
Walaupon rasanya biasa biasa tapi habis jugak mee udangnya.. Hahahaha.
Sesiapa yang nak pergi perak singgah lah ke Mak Jah Mee udang. Mungkin nasib korang baik dan dapat merasa rasa sebenar Mee Udang Mak Jah.

Warung Mak Jah ni di buka setiap hari kecuali hari Rabu antara pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Assalamualaikum...




Ais Tingkap Viral - Penang

 Kalau korang nak pergi berjalan mesti korang akan google tempat tempat menarik atau tempal viral di facebook atau google kan?

Tapi kalau anda salah google nanti akan pergi ke tempat yang sebenarnya penduduk setempat pon tak pernah pergi.

Kite orang dah terkena ais tingkap di penang. Ais Tingap ni termasuklag dalam list tempat menarik di penang. Semasa sampai di sini, barisan beratur nak beli air tu panjang sangat. Jadi kite ni pon eksited la nak rasa kan air yang viral ni. Jadi kite pon sanggup la beratur panjang tunggu nak dekat sejam semata mata nak minum ais tingkap viral.

Masa tengah beratur tiba tiba datang sharnaz tengah promote kedai tu kot. Lagi la kite ni tak zabarr nak rasa ais tingkap.

HAHAHAHHA..

Kite order la ais tingkap viral satu, air lemon satu, ais kacang dan ais teo o ais.. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa.. Rasa Ais tingkap tu macam air sirap selasih je.. ahhahaha.. beratur berebut semua semata mata nak beli Air silap selasih.. Kecewa betul.. Bulan puasa nanti mungkin air ni menjadi sangat menarik.. hahahaha

Jadi pengajarannya, janganlah cepat percaya dengan benda-benda virak ni. Lebih baik kite tanya penduduk setempat dari google last last keciwa.. ahhahah

Ni la rupanya Ais Tingkap a.k.a air Sirap Selasih Yang Viral tu. 

Sharnaz pon datang promote.. Mane la kite ni tak perpengaruh. Hahahah

Friday, January 28, 2022

Cafe Ice Bowl, Penang

 Terpengaruh dengan gambar gambar cantik yang ada di google, kiteorang pon sampai la ke  Cafe Ice Bowl, Penang..1 Cafe ni terletak di 93(Level 1), Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang. Puas kiteorang cari masa waktu malam rupanya masa zaman Covid sekarang, cafe ni tutup pada pukul 7.30 petang.

Aapa yang menarik kat sini? Cafe ni dihiasi dengan Ais seperti kat kutub utara sana... Ada banyak Igloo, beruang kutub kan hiasan seperti air yang mecantikkan tempat ini.. Ais pada dinding cafe tu bukanlah ais sebenar.  Kalau sekadar nak datang sini bergambar tu ok la.. Cafe ni ada jual ais krim dan makanan ringan macam wafle je..


Bergambar dalam Igloo ngan Snow Man.. Gambar gelap sebab lighting tak ok..

Design kedai dia okay la untuk pelancong. Kalau orang setempat belum tentu akan datang sini.

Dah masuk kenalah order kan... hahahaha..
Bye...

Thursday, January 20, 2022

Johor : Hijrah Dim Sum

Pertama kali makan Din Sum ni adalah di Restoran Kai Xuan  yang terletak di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru. Bukan sahaja Din Sum, Nasi Goreng dan semua hidangan di sini sedap sedap belaka.

Tapi malangnya, Restoran ni telah tutup selepas bencana Covid 19. Lepas tu, dah susah nak cari Restoran Din Sum halal yang sedap di JB. Restoran Wan Li di  Hotel Renaissance, tak berapa berkenan rasanya.

Tiba tiba suatu hari, lepas balik kerja husband ajak makan Din Sum. Dia cakap chef redtoran Kai Xuan dulu kerja di sini plak. Jadi gembiralah hati kami sekeluarga nak p makan Din Sum.. Hahahaha.

Hijrah Dinsum ni terletak di No. 42, Jalan Beringin, Taman Melodies, Johor Bahru. Nampak dari luar agak menarik. Bila anda masuk ke dalam kedainya, akan dilayan oleh pelayan pelayan yang peramah.

Terdapat perbahai pilihan makanan yang ada. Ni antara menu yang ada: 




Menu dia nampak sedap.. Kiteorang jenis makan tak banyak. Jadi ordernya ala kadar je la.. Hahahaha.




Ni sahaja menu yang kiteorangt order. Tu pon penat nya menghabiskannya.
Hahahaha.. Durian Roll jagan dilupakan. Sedapnya sehingga menjilat jari.
Kepada peminat Din Sum boleh cuba makan di sini. Semoga rasanya kena dengan selera anda.

Assalamualaikum..