Di sini saya nak cerita pasal perkara yang perlu diambil tahu dari Pemeriksaan mata komprehensif sehinggalah Final Follow Up. Ini sangat penting untuk para pelanggan yang datang dari Jauh.
Langkah pertama, anda perlu tetapkan tarikh Pemeriksaan mata komprehensif melalui wasapp atau call. Sehari sebelum Pemeriksaan Mata, pihak ikonik akan telepon untuk memberi peringatan kepada anda.
1. Hari Pemeriksaan mata komprehensif
Harga : RM 660
Masa : Bila bila pon boleh. (Sebab nak tarik customer kan, masa boleh adjusstt.. )
Anda boleh pilih apa apa hari dan masa untuk buat first chek up. Ye la, kalau diaorang dah tetapkan masa, susah pulak nak tarik pelanggan kan? hahaha.. Apabila tiba di ikonik, anda perlu pergi ke kaunter, bagi nama dan isi borang, buat bayaran dan barulah boleh mulakan assessment. Perlu buat ujian saringan mata menggunakan 4 jenis mesin. Penjaga perlu duduk di luar. Waktu ini staff akan sering tanya peneman ada di mana. Dan dapat chekup untuk chek tahap kekeringan mata untuk peneman. Mula mula tu rasa wow, baiknya dapat free.. Rupanya semua pon marketing sahaja. Kalau peneman matanya kering dia akan suruh buat Eye Spa.. Biasa la, laki kite memang tak kan follow, nasib baik dia tak de buat test mata kering.
Harga Eye SPA pon agak mahal. Harganya beribu ringgit untuk 3 kali treatment.
Oleh kerana dryness mata saya Cuma 34% saya tak nak la buat eye spa.. membazir je. Tapi staff punya la promote, dia cakap buat eye spa mata akan lebih cepat elok, dan lain lain. Tapi semua pon marketing sahaja.
Bila sudah selesai pemeriksaan mata komprehensif dan rawatan yang sesuai telah ditentukan, anda perlu buat bayaran terlebih dahulu. Anda perlu buat bayaran penuh sebelum boleh tetapkan masa dan hari untuk rawatan. Selagi tak buat bayaran penuh, selagi tu la tak boleh set appointment. Seeloknya masa first anda wassap untuk tanya pasal pemeriksaan mata komprehensif, anda perlu confirmkan betul betul waktu yang anda sudah plan untuk buat rawatan. Kerana bimbang doktor pergi bercuti waktu itu. Biasanya doctor tak de agak lama, dalam seminggu dua gituu.
2. Hari Rawatan
Harga : RM5,000
Masa : 8.00 pagi sahaja
Walaupun appointment pukul 8.00 pagi, nombor akan dikira mengikut kiraan first come first serve. Jadi siapa nak dapat no 1 tu kena la datang awal je. Masa saya hari tu, saya datang pukul 8 dan dapat no 5.
Sebelum rawatan, staff akan beri penerangan dan titskan ubat mata sementara menunggu doctor dating. Rawatannya sekejap je.. doctor mula munculkan diri pukul 9.30 pagi, dan rawatan saya sebagai org ke-5 selesai sebelum pukul 10.30 pagi.
Masa rawatan tu ada la rasa tak selesa. Rasa air sejuk disiram lepas treatment. Semua tu tak sakir sangat pon. Cuma rasa ngeri je.. hahahaha.. sebab kite nampak ape yang doctor buat kan. Nasib baik semuanya berjalan dengan sangat cepat dan lancar. Takut juga doktor terlaser guna power mata org lain. Hahahha.
Lepas treatment siap tak sakit pon, cuma penglihatan kurang jelas n agak kabur. Selepas rawatan, saya boleh berjalan kaki pergi ke zus yang berada berdekatan klinik untuk cari makan sorang sorang walaupun meraba raba. Husband ntah mata menghilang ntah. Sementara tunggu dia nak dekat sejam , kite makan dulu isi perut yang kosong. Kite ni punya la risau mata sakit tak dapat bukak, cam ne nak makan ape semua. Dia boleh hilang.. hahaha..
3. Follow up Day
Harga : Tiada
Masa : Masa untuk Follow-up adalah pukul 8.00 pagi - 8.30 pagi atau selepas pukul 6 petang
Untuk pelanggan yang datang dari jauh macam kite ni, rasa macam rugi je nak datang balik sehari semata mata nak bukak lense. Sebab setakat staff dia check mata, cakap ok recovery baik, tanggal lensed dan balik. Macam tak berbaloi je kan.
Kiraan hari kelima pon agak keliru, ada yang kira bermula hari rawatan, ada jugak yang kira sehari selepas hari rawatan, Jadi kalua awak dating dari jauh, Kelantan ke, ganu ke, masa nak buat check up, set la terus tarikh rawatan dan tarikh follow up semua.
Sebab bila kite dah bayar rm660 untuk check up takkan nak cancel plak kan?
Next Follow up Day :
1/2 bulan selepas Folow-up Pertama
Masa untuk Follow-up adalah pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi atau selepas pukul 6 petang.
Kepada sesiapa yang nak bebas rabun, memang berbaloi untuk buat treatment ni. Tapi untuk pelanggan yang datang jauh, sila rancang dulu perjalanan anda sebelum memulakan first check up.
Untuk tahap penglihatan pula, bukan hari ini buat terus dapat lihat dengan jelas. Masa recovery untuk lihat dengan jelas jugak menganbil masa 2-3 bulan bergantung pada tahap recovery masing masing, Kalau awak tak buat eye spa, jangan ditanya kenapa lambat recovery, Sebab mereka akan cakap, ' sebab tu kita sarankan buat eye spa'. hahahahaha..
x