Dalam masyarakat melayu, terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut :
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati dan bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu juga akan mengalami kesulitan ketika mengandung. Tapi, yang sebenarnya tujuan larangan ini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikuatiri akan menyebabkan anak bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah padawaktu petang atau senja dikuatiri hantu akan mengusiknya. Hendaklah menjauhkan diri dari orang yang tidak jujur dan rendah maruahnya.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikuatiri anak yang bakal dilahirkan cacat atau kulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Dilarang memikul batu kerana dikuatiri anak dalam kandungan lumpuh. Tidak boleh menanam pokok posang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ibu ditegah menyusun tempurung kelapa kerana dikuatiri anak akan botak kepalanya.
- Jangan membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikuatiri anak akan lahir cacat atau tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikuatiri kepala anak akan menjadi besar.
- Jangan minum air nenas atau kelapa pada trimester pertama kerana dikuatiri bayu akan gugur.
- Jangan mengikat mati benang / plastik nanti akan susah bersalin.
- Jangan mengetuk dinding rumah nanti uri bayi akan melekat pada rahim biarpun bayi telah selamat dilahirkan.
- Jangan mandi malam nanti air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.
- Jangan minum ais nanti saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengan pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.
- Elakkan minuman bergas atau kafein nanti kandungan mudah gugur.
- Jangan lilit tuala pada leher dan rambut nanti tali pusat akan melilit leher bayi.
- Kurangkan makan buah oren dikuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.
- Elakkan membuat kerja-kerja menjahit dikuatiri tali pusat akan berbelit dan sukar melahirkan.
- Apabila terlihat benda-benda yang pelik cepar2 beristighfar dikuatiri bayi akan menganan.
- Kurangkan makan pisang nanti rambut bayi akan terlalu lebat.
- Jangan makan betik muda kerana boleh menyebabkan keguguran.