Monday, July 29, 2013

Rezeki budak kecik..

Dalam tengah sakit-sakit baru lepas xcident, die boleh pulak beria ajak p jaya jusco, beli baju baby kiko sebab nak masuk pertandingan wat kad raya anjuran baby kiko.. Hahaha...
Dalam sakit-sakitnya itu, pergilah jugak ke Jaya Jusco Bukit Indah..
Belikan budak kecik bayu gaun, kasut dan head band jenama baby kiko....
Pastu saye pun dapat hp baru sebagai hadiah hari jadi... Hp Samsung Galaksi s3 mini..
Terime kacih yerk... hohoho..
Jalan2 dengan muke y lebam ni mesti org ingat die kena tumbuk kan... hehehe... Ni muke die time p shopping ari tuh...
Tetap esem kan??? hahaha..

Setelah 3 minggu menyertai pertandingan kad raya baby kiko tuh akhirnya dapat kol dari baby kiko... 
Yeaa.... da menang... Alhamdulillah... Rezeki budak kecik...
Walaupun baru 3 bulan, nak bergaya pun xpandai, bergambar pun ngan putingnya... menang jugak... Dapat jugak die baju baru raye nih kan....

Muke kena pakse bergambar...

Kad raya baby kiko...

Walaupun biase2 jerk kadnyer... walaupun banyak g kad y cantik... kad ni terpilih...
Itu la dinamakan rezeki....


Suami Saye xcident...

Pada 28 Jun yang lalu suami saye telah xcident, langgar lori sebesar lori ais berdekatan dengan shell kempas.
Alhamdulillah, tak de ape-ape yang berlaku, tapi...
Kecian die, muke da retak sebelah...
Dan juga perlu pantang makan daging, ayam, kicap dan lain2... ( bab pantang2 ni susah sket die nak wat).. cian...cian.. cian.. tapi tak pe... sebab die merasa gak cam ne seksanye berpantang an.. nasib baik pantang 2 minggu jerk.. bukan 44 hari.. Kalo x, tak tau la pe jadik ngan die nih...

Muke die time kat spital..

Mase wat report polis...

Motor y bakal kena jual....

Friday, June 21, 2013

Editing Picture..

Dah lama da tak asah bakat mengedit gambar menggunakan photoshop...
Setelah sekian lamanya kini kembali mengedit gambar...
Tapi bukan untuk diri sendiri tapi untuk the little girl...
buat untuk budak kecik ni banyak sikit idea..
Sebab dunia kanak-kanak kan penuh dengan keceriaan dan warna warni.
Asal warna warni jadik la... kan.. kan.. kan...



Just for my Humairah...

Tuesday, April 23, 2013

Dia Dan Demam Kuning..

Dia kena demam kuning??????
Pada umur dia baru 3 hari, dia suspek demam kuning dengan bacaan 270... perggghhh... 
Tinggi tuh..... Trus masuk hospital Raub....
Bacaan kedua diambil dan bacaannya naik 292...
Malam tuh jugak pergi ke Hospital temerloh naik ambulans...
Baby kena letak bawah cahaya lampu...
Rilex jer die tido kan... Kesiannyer la die asyik kena ambil darah jer kat Hospital temerloh sampai lebam2 tangannye...
4 hari kena tahan wad kat Hospital Temerloh..
Sangat menyeksakan... Lepas ni memang bertekad takkan p Hospital Temerloh dah...
Beberapa hari lepas keluar Hospital Temerloh, cek kuning balik, tinggi la balik kuningnyer....
Bacaan die 282... Hospital panggil untuk tahan kat wad..
Haha.. Jangan harap kan, nanti kena hantar ke Temerloh memang tak bagus..
Baby cepat2 bawa cek kat Hospital kl lagi bagus...
Kuning tak saya?????

Lahirnya Insan Bernama Nur Elviana Humairah....

Akhirnya, Nur Elviana Humairah telah selamat lahir pada 11 April 2013, pada pukul 7.09 malam.
Sebenarnya Humairah ni lahir 2 minggu lagi awal dari arikh jangkaan bersalin.
Pada mulanya, nak p cek jer kat hospital Columbia Asia. Bila masuk jerk bilik doktor die cakap nak cek. Cek2 die cakap da buka 3cm. Die suh masuk wad kul 9 malam nanti... Isk2... Isk... Sakit tak da.. Tanda-tanda bersalin semua tak da tiba2 cakap da nak bersalin... Macam tak caya yer....
Setelah penat bertungkus lumus, tahan lapar dan dahaga akhirnya lahirlah dia pada pukul 7.09 malam. Selamat datang ke dunia yang fana dan penuh pancaroba ini.
Semoga awak sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup yang bakal awak lalui nanti...

Tuesday, April 2, 2013

Persiapan Barang Bersalin

Yea.... Hari ni cadar baby siap....
Tilam baby dapat free, pinjam dari akak ipar. 
Bantal dan bantal peluk beli kat kedai jual tilam kekabu asli. 
Dekat2 ngan Kem PULADA, Johor.
Sebijik RM15, mahal2... Kalau beli set tilam sekali cadar bapak mahalnyer... 
Mencecah RM 200...
Nak senang beli kain pastu hantar tempah...
Tempah set tilam baby baru dalam RM30.. Jimat2...
Saye punye design cadar baby sebijik macam ni....
Set ni diambil dari blog http://littledje.com/ berharga lebih kurang RM 100 satu set..
Cantikkan??? Tapi mahal sikit..
Nak jimat beli kekabu asli pastu buat siap2....
Lagi senang dan murah... Heeee


Ni hasilnya bila da siap....
Same kan??
Yang tak same keterangan gambar...
Mungkin gambar telah diedit, sebab tu nampak lebih terang dan cantik....

Monday, March 25, 2013

Senaman Bukaan Rahim

Bila da dekat2 dengan masa nak bersalin ni, sibuk mencari cara-cara untuk memudahkan proses bersalin plak. Banyak la petua dan tips-tips yang ada kan...
Salah satunya dengan membuat senaman bukaan rahim. Cara-cara ni di ambil dari laman web biodex2u. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari bermula minggu ke 36, 2 kali sehari mengikut kemampuan masing-masing. Lepas tu sapu la plak minyak kelapa dara di bahagian bawah untuk melembutkannya.

Senaman Bukaan Rahim :



Tuesday, February 12, 2013

Ha! Ha! Ha!

'Tak payah sedey sangat la... Pura-pura jerk tu....'
Apa yang kita rasa diam kan aje... Rahsia hati kita....

Wednesday, February 6, 2013

Set Bersalin Tanamera

Tengok2 terbeli set bersalin tanamera.. Hehe..
Tengok banyak kawan yang guna dan like set bersalin nih... emm..
Bagus ke walaupun lagi suke NR.
Kat produk ni berkenan die punyak minyak kelapa dara (VCO) die jerk..
Tapi kalo nak beli VCO jerk mahal...
Ada yang RM40 sebotol kalo mik sendiri kat reseller skudai, kalau post mau RM50.
Kalo order dari FB lak kena tambah RM12 utk post.
Senang mik sendiri kat kedai die kat Subang Jaya, RM34 jer tapi jauh lak.
 X turun kl lak.. Last2 beli satu set dapat diskaun RM 350. Hoho...
Berdasarkan kepada cerita-cerita dan pengalaman orang yang telah menggunakan VCO ni, ramai yang cakap minyak ni sangat bagus sebab kononnya dapat mengurangkan starch mark kat perut, mengurangkan koyak nanti bila bersalin, memubahkan proses bersalin. 
Tu yang terpengaruh tu. Tapi cuba jerk la. Bila da cuba sendiri baru tau betul elok atau tak kan. 
Kalo 'indah khabar dari rupa, kita tukar produk lain pada masa akan datang nanti kan...'
 Minyak kelapa dara (VCO)
Yang lain banyak produk untuk mandian, skrub la, mandian herba la, sabun herba la... Macam tak rajin jerk nak pakai semua tuh kan...



Wednesday, January 16, 2013

Set Bersalin...

Sekarang ni sibuk carik2 set bersalin yang ok kat internet. Yang paling glamernyer adalah Set Bersalin Nona Roguy. Perlu ke pakai semua-semua ni ek... Da la mahal. huhuhu.. Kalo tengok kat blog Nona Roguy lagi la mahal. Pastu xde barang free plak. Pas mencari2 dapat blog ni.. 
http://www.minanggunbeauty.blogspot.com atau http://ladiesriders.blogspot.com
Harganya lebih rendah dari yang lain2.. Ada free gift lak.. Cuma kena confirmkan betul2 price die dengan penjual tu la kot. Mana tau harga tu cuma harfa promosi yang ada tempohnya.. Nak beli on-line ni kena confirmkan betul2 dulu kan... Kadang2 tak dinyatakan dengan terperinci kat dalam blog kan...

Set Bersalin Nona Roguy

Pakej mengandungi :
1. PhytoNatal (90biji) -Untuk Dimakan.
  • Khasiat untuk membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. 
  • Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang.
  • Mengimbangkan kembali sistem badan
  • Memperbaiki perjalanan darah.
  • Meringan dan mengencangkan badan.
  • Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota badan, angin merian, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan
     Cara pemakanan :
     (a) Dosej Kapsul :
  • Untuk kelawasan biasa harian : (2-5 biji sebelum sarapan )
  • Bagi yang sembelit harian : (3-5 biji pagi) (3-5 biji tengahari) (3-5 biji petang) (3-5 biji malam)
      (a) Dosej Paket :
  • Untuk kelawasan biasa harian : (1-2 paket herbanika rempah bersalin sebelum sarapan)
  • Bagi yang sembelit harian : (2 paket herbanika rempah bersalin sebelum sarapan)

2. Herbanika Barut- 150gm (Untuk Kegunaan Luar)
  • Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. 
  • Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit.
  • Dapat menghilangkan parut-parut dan jalur-jalur pecah di kulit perut.
  • Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim.
  • Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.
      Cara Penggunaannya :
  • 1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya jangan terlalu cair atau pekat. Kacau sampai sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  • Sebelum menggunakan Herbanika Barut, lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas tu barulah ikat kain barut dengan kejap.
  • Dilakukan 2 kali sehari ( Pagi : selepas mandi dan Petang : 7 malam). Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika. Kemudian ulangi penggunaan Herbanika Barut suam-suam panas dan ikat semula barut. 
  • * Bagi yang bersalin secara pembedahan, guna selepas 1 bulan bersalin : Gunakan Herbanikal Ramping Perut di bahagian atas dan bawah, di bekas jahitan dan pinggul serta cara-cara yang diberi untuk penggunaan bersalin secara normal.
  • Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut dan bekung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya  dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen, dapat melangsingkan pinggang dan mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.
3. Uncang Cuci Herbanika - (10 paket) Untuk Kegunaan Luar
  • Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal pelbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit.
      Cara Penggunaannya :
  • Ambil 1/2 paket Herbanika Uncang Cuci campur dengan air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba. Guna airnya yang masih panas yang tidak melecur. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang.
  • Boleh digunakan 2-3 kali sehari ( pagi & malam / pagi, petang & malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
  • Gunakan Herbanika Uncang Cuci  untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.
  • Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit, sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas tuala wanita.
4. Herbanika Lulur - Untuk Kegunaan Luar
  • Membantu menegangkan payudara yang kendur.
  • Memecahkan lemak serta lendir degil dan mengendalikan kepejalan badan.
  • Pemberseh antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau.
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.
  • Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
  • Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.
     Cara Penggunaan :
     Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
  • 1/2 sudu besar Herbanika Lului di campur dengan air suam serta sedikit air florida(jika perlu).
  • Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak tangan, kaki lengan dan belakang.
  • Guna air flourida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
  • Sapu kaki dan tapak tangan dengan air flourida dan pakai stokin yang tipis.

5. Akar Herbanika - Untuk Diminum
  • Menyegarkan uratsaraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
  • Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan.
      Cara Penggunaannya:
  • Ambil 1pkt akar herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlampau pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh dicampur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Haerbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
  • Nasihat untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyembuhan luka dalaman adalah dengan mengamalkan minum Resipi Halia seperti berikut : Campurkan 1 teh air gamat/1 sudu teh pati halia dan ditambah dengan air suam secukupnya.
  • Bagi bersalin normal : Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin.
  •  Bagi bersalin pembedahan : Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selepas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin.
5. Minyak Herbanika -Untuk kegunaan luar
  • Membantu melembutkan dan mengancangkan kembali kulit perut.
  • Disediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin.
  • Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
  • Dapat menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.
Cara Penggunaan :
  • Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarat digunakan untuk urut. Boleh guna untuk bekung, ikat biar selesa.

Monday, January 14, 2013

Perkembangan Fetus- Minggu ke 25

Dalam minggu ke 25, berat bayi pada usia kandungan ini hampir 1.5 paun/660 gram dan panjangnya dari kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35cm. Bayi membuat pergerakan nafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-paru setakat ini. Pada 26 minggu, scan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan mukanya dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.


Semasa setiap lawatan antenatal, doktor akan mengambil tekanan darah dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing. Dengan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.

Jari tangan, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan kita. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit meyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6.

Walaubagaimanapun, pakar-pakar mengatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan-walaupun semasa dalam kandungan.

Wednesday, January 9, 2013

Doa Untuk Ibu Sebelum Bersalin

Amalkan banyak berdoa untuk memudahkan proses bersalin. 
Doa yang biasa di amalkan ialah Doa Nabi Yunus :
Ertinya : " Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Sentiasa Amalkan Doa Di Bawah Selepas Solat :
" Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam kandunganku. 
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W.