Dalam minggu ke 25, berat bayi pada usia kandungan ini hampir 1.5 paun/660 gram dan panjangnya dari kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35cm. Bayi membuat pergerakan nafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-paru setakat ini. Pada 26 minggu, scan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan mukanya dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.
Semasa setiap lawatan antenatal, doktor akan mengambil tekanan darah dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing. Dengan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.
Jari tangan, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan kita. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit meyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6.
Walaubagaimanapun, pakar-pakar mengatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan-walaupun semasa dalam kandungan.
No comments:
Post a Comment