Wednesday, January 16, 2013

Set Bersalin...

Sekarang ni sibuk carik2 set bersalin yang ok kat internet. Yang paling glamernyer adalah Set Bersalin Nona Roguy. Perlu ke pakai semua-semua ni ek... Da la mahal. huhuhu.. Kalo tengok kat blog Nona Roguy lagi la mahal. Pastu xde barang free plak. Pas mencari2 dapat blog ni.. 
http://www.minanggunbeauty.blogspot.com atau http://ladiesriders.blogspot.com
Harganya lebih rendah dari yang lain2.. Ada free gift lak.. Cuma kena confirmkan betul2 price die dengan penjual tu la kot. Mana tau harga tu cuma harfa promosi yang ada tempohnya.. Nak beli on-line ni kena confirmkan betul2 dulu kan... Kadang2 tak dinyatakan dengan terperinci kat dalam blog kan...

Set Bersalin Nona Roguy

Pakej mengandungi :
1. PhytoNatal (90biji) -Untuk Dimakan.
  • Khasiat untuk membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. 
  • Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang.
  • Mengimbangkan kembali sistem badan
  • Memperbaiki perjalanan darah.
  • Meringan dan mengencangkan badan.
  • Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota badan, angin merian, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan
     Cara pemakanan :
     (a) Dosej Kapsul :
  • Untuk kelawasan biasa harian : (2-5 biji sebelum sarapan )
  • Bagi yang sembelit harian : (3-5 biji pagi) (3-5 biji tengahari) (3-5 biji petang) (3-5 biji malam)
      (a) Dosej Paket :
  • Untuk kelawasan biasa harian : (1-2 paket herbanika rempah bersalin sebelum sarapan)
  • Bagi yang sembelit harian : (2 paket herbanika rempah bersalin sebelum sarapan)

2. Herbanika Barut- 150gm (Untuk Kegunaan Luar)
  • Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. 
  • Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit.
  • Dapat menghilangkan parut-parut dan jalur-jalur pecah di kulit perut.
  • Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim.
  • Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.
      Cara Penggunaannya :
  • 1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya jangan terlalu cair atau pekat. Kacau sampai sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  • Sebelum menggunakan Herbanika Barut, lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas tu barulah ikat kain barut dengan kejap.
  • Dilakukan 2 kali sehari ( Pagi : selepas mandi dan Petang : 7 malam). Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika. Kemudian ulangi penggunaan Herbanika Barut suam-suam panas dan ikat semula barut. 
  • * Bagi yang bersalin secara pembedahan, guna selepas 1 bulan bersalin : Gunakan Herbanikal Ramping Perut di bahagian atas dan bawah, di bekas jahitan dan pinggul serta cara-cara yang diberi untuk penggunaan bersalin secara normal.
  • Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut dan bekung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya  dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen, dapat melangsingkan pinggang dan mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.
3. Uncang Cuci Herbanika - (10 paket) Untuk Kegunaan Luar
  • Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal pelbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit.
      Cara Penggunaannya :
  • Ambil 1/2 paket Herbanika Uncang Cuci campur dengan air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba. Guna airnya yang masih panas yang tidak melecur. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang.
  • Boleh digunakan 2-3 kali sehari ( pagi & malam / pagi, petang & malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
  • Gunakan Herbanika Uncang Cuci  untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.
  • Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit, sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas tuala wanita.
4. Herbanika Lulur - Untuk Kegunaan Luar
  • Membantu menegangkan payudara yang kendur.
  • Memecahkan lemak serta lendir degil dan mengendalikan kepejalan badan.
  • Pemberseh antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau.
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.
  • Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
  • Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.
     Cara Penggunaan :
     Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
  • 1/2 sudu besar Herbanika Lului di campur dengan air suam serta sedikit air florida(jika perlu).
  • Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak tangan, kaki lengan dan belakang.
  • Guna air flourida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
  • Sapu kaki dan tapak tangan dengan air flourida dan pakai stokin yang tipis.

5. Akar Herbanika - Untuk Diminum
  • Menyegarkan uratsaraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
  • Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan.
      Cara Penggunaannya:
  • Ambil 1pkt akar herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlampau pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh dicampur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Haerbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
  • Nasihat untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyembuhan luka dalaman adalah dengan mengamalkan minum Resipi Halia seperti berikut : Campurkan 1 teh air gamat/1 sudu teh pati halia dan ditambah dengan air suam secukupnya.
  • Bagi bersalin normal : Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin.
  •  Bagi bersalin pembedahan : Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selepas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin.
5. Minyak Herbanika -Untuk kegunaan luar
  • Membantu melembutkan dan mengancangkan kembali kulit perut.
  • Disediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin.
  • Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
  • Dapat menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.
Cara Penggunaan :
  • Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarat digunakan untuk urut. Boleh guna untuk bekung, ikat biar selesa.

Monday, January 14, 2013

Perkembangan Fetus- Minggu ke 25

Dalam minggu ke 25, berat bayi pada usia kandungan ini hampir 1.5 paun/660 gram dan panjangnya dari kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35cm. Bayi membuat pergerakan nafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-paru setakat ini. Pada 26 minggu, scan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan mukanya dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.


Semasa setiap lawatan antenatal, doktor akan mengambil tekanan darah dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing. Dengan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.

Jari tangan, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan kita. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit meyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6.

Walaubagaimanapun, pakar-pakar mengatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan-walaupun semasa dalam kandungan.

Wednesday, January 9, 2013

Doa Untuk Ibu Sebelum Bersalin

Amalkan banyak berdoa untuk memudahkan proses bersalin. 
Doa yang biasa di amalkan ialah Doa Nabi Yunus :
Ertinya : " Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Sentiasa Amalkan Doa Di Bawah Selepas Solat :
" Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam kandunganku. 
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W.