Penjagaan budak bersunat mungkin berbeza. Ada yang beranggapan, Sunat masa kecil lebih cepat sembuh sebab kulit lebih lembut dan luka lebih senang sembuh. Ada juga yang beranggapan yang sunat masih kecil, zakarnya masih belum matang untuk disunatkan kerana kepala zakarnya masih tenggelam dan belum muncul lagi.
Alhamdullillah, Raiqal hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk sembuh.
Selepas bersunat, zakar Raiqal bengkak sedikit dan ada sedikit darah mengalir.
Doktor beri ubat sapu. Ubat sapu berbentuk krim dan menyukarkan saya untuk sapu di bahagian luka. Jadi saya tukar dengan ubat kuning, yang berbentuk cecair dan lebih mudah dialirkan ke bahagian luka tersebut. Ubat kuning ini akan mengeringkan luka dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Pada hari ke tiga basuh dengan Dettol dan keringkan.
Hari Pertama :
Berdarah sedikit dan dengkak di sekitar tempat bersunat. Balik rumah Raiqal terus tertidur. Tapi waktu malam masih boleh bermain. Tempat bersunat biarkan terdedah dengan angin.
Muka gembira sebab dah sunat Minum ubat tahan sakit
Waktu paling berdebar bila Raiqal nak kencing. Terpaksa yakinkan dia kencing tak sakit padahal kita pon tak tau sakit atau tak sebenarnya. Nasib baik Raiqal memang percayakan ibunya 100%. Bila ibu cakap tak sakit, dia pon kencing dan alhamdullillah tak sakit. Cuma bab basuh tu dia suruh tanyakan atoknya kat Raub,Pahang. Kena basuh atau tak payah basuh. Bila atoknya cakap kena basuh untuk kebersihan, dia turutkan sahaja. Very Good Raiqal!!!
Hari Kedua :
Waktu malam adalah waktu yang agak mencabar. Kerana ada masa masanya tempat sunat tu menegang. Raiqal beberapa kali terjaga dan menangis kerana agak sakit. Terpaksa bagi ubat sakit untuk tahan sakit.
Masih basah dan keluar cecair bewarna kuning di sekitar kepala kemaluan. Dedahkan di bawah kipas angin. Biar dia duduk dalam bilik sorang sorang.
Hari Ketiga :
Cecair berwarna kuning semakin pekat dan likat. Tapi sudah mula kering. Mula-mula tu risau jugak, takut jangkitan dan nanah. Sebab warna dia putih kekuningan macam nanah pon ada. Tapi Raiqal bagitau tidak sakit. Boleh bergerak, buang air, basuh kencing macam biasa. Selagi tidak sakit maksudnya tiada jangkitan.
Hari Keempat :
Pertama kali mandi selepas bersunat. Biarkan Raiqal berendam dengan air Dettol sambil main permainan. Mula mula raiqal rasa takut tapi dia beranikan diri duduk dalam air Dettol. Rupanya tak sakit. Ibunya yang takut lebih. Takut anak sakit kan. Bilas dengan dettol dan sapu ubat kuning.. Dah mula kering dan keruping mula terbentuk.
Hari ke Kelima-Kesembilan:
Keruping mula tercabut sendiri pada waktu malam menyebabkan luka di keruping tu berdarah sedikit. Letak Ubat Kuning dan Keringkan.
Hari ke Sepuluh :
Raiqal dah berani pakai seluar dalam. Tiba tiba keruping terlekat dekat seluar dalam. Nasib baik abahnya yang jaga, tiadalah dia mengada ngada sangat. Balik je kerja, dengan gembiranya bagitau sunat sudah elok. Hanya tinggal saki bakinya sahaya yang masih melekat dan benang sedikit belum tetas.
Tpi dah request nak makan Durian. Nasib baik musim Durian. Dapat jugak ibunya tumpang makan. Hahahahaha.
Hari ke Empat Belas :
Keruping telas tertanggal sepeunuhnya. Raiqal sudah berani bermain di luar tempat jongging...
Selepas bersunat, anak akan rasa takut untuk pakai seluar dalam kerana akan rasa sedikit ngilu pada kepala zakarnya. Tetapi rasa ngilu tersebut akan hilang secara perlahan lahan.
Yang perlu dijaga adalah kebersihan dan pemakanan selepas berkhatan. Budak 5 tahun belum makan banyak lagi. Jadi senang nak jaga makanan dia.
Raiqal makan bubur nasi ala McD, ikan tenggiri goreng, sup ikan, sup tom yam, pizza. Ayam dan telur dilarang makan sama sekali. Tapi tiba tiba abahnya beli pulak buah durian, ternampak pulak favourite dia.. hahahah. Selepas sihat bari bagi dia makan durian.
No comments:
Post a Comment