Friday, November 21, 2014

Jom pergi melawat Farm In The City, Sri Kembangan Johor

 Assalamualaikum...

Hari ni kita bawa Humairah pergi mengenal haiwan yang comel-comel di Farm in The City. Tempat ni sesuai untuk bawa anak kecik macam Humairah sebab tempatnya tidak panas, haiwannya agak jinak dan manja dan jugak kawasannya kecik tidaklah sebesar Zoo Negara. Jadi ibu bapa pon tak penat sangat berjalan dan melayan karenah anak anak.

Lagipun, Farm in the zoo ni berkonsepkan 'petting zoo'. Maksudnya kat sini pengunjung bukan sahaja boleh melihat haiwan dari dekat tetapi juga boleh bagi mereka makan (feeding) dan juga mengentuh haiwan haiwan tersebut. Kebanyakan haiwan yang ada kat situ bebas berkeliaran dalam kandang mereka masing masing. Bila kita masuk dalam kandang mereka, sama diibaratkan macam kita masuk rumah dia la. Jadi masuk kandang diorang kena beradab jangan nak over eksited. Nanti tuan rumah tak suka... ahahahhaha.

Selain boleh bagi haiwan makan, anak-anak juga boleh menonton persembahan Parrot yang sangat bijak dan menghiburkan, serta aktiviti Longkang Fishing yang membuatkan ibubapa mengimbau nostalgia menangkap anak-anak ikan di tepi longkang sewaktu zaman kecil dulu. 

Kat sini sangat senang nak basuh tangan bila dah pegang haiwan tu sebab setiap kandang haiwan ada disediakan sinki dan sabun pencuci tangan bagi memastikan tahap kebersihan terjaga.

Waktu operasi adalah berbeza mengikut hari-hari tertentu. Weekdays dibuka dari pukul 10 pagi - 6 petang. Weekends dibuka dari pukul 9.30 pagi - 6 petang. Ianya turut dibuka pada cuti umum dan juga cuti sekolah dan tutup pada hari Selasa.

Harga tiket semasa

Bergambar bersama arnah yang tengah bersantai rehat tido tengah hari
Burungnya jinak sangat
Gembira dia jumpa kawan dia
Minum air hilangkan dahaga dulu

Siapa yang nak melawat haiwan ni, boleh la pergi ke alamat 

Farm in The City, Lot 40187 – 40188, 

Jalan Prima Tropika, Bandar Putera Permai, Seri Kembangan


No comments: