Lepas je solat Subuh, kami terus keluar mencari sarapan pagi. Kami makan nasi lemak dan teh tarik manakala budak budak makan donut di kedai yang ada sekitar resort. Selepas makan, kite pon ambil kesempatan ambil gambar pagi di sini. Humairah memang pandai tangkap gambar. Kebanyakkan gambar yang dia ambil, semuanya cantik. Cuma kadang kadang dia malas ambik gambar sebab dia selalu jadi mangsa ibunya. Sebab, gambar yang dia ambil selalunya lagi cantik dari ayahnya tu.
Cantik gambar humairah tangkap.. Automatik ibunya pon jadik cantik dan nampak kaki panjang. 😉
Cam ni pon nampak nice bila humairah tangkap walaupun gelap.
Tepat pukul 9 pagi, kiteorang terus naik boat untuk pergi shorkling. Pakai terus baju renang beserta dengan jaket keselamatan. Mask snorkling kena jaga baik baik sebab kalau hilang kena bayar RM100 satu mask. Alhamdullillah hari ini juga cuaca sangat cantik.
Belum snorkling muka dah nak gelap ye kakak.
Budak jaga muka. Sentiasa pakai topi cam ibu. Hahahahaha.
Semua eksited tak sabar nak p snorkling.
Lokasi pertama yang kiteorang pergi adalah Batu Malang. Pemandangan laut dalam di Batu Malang sangat menakjubkan dengan pembentukan batu karang, spesies ikan yang jarang ditemui seperti ikan barracuda, butterfly fish, clownfish (Ikan Nemo), cuttlefish, lion fish, parrotfish dan banyak lagi ikan berwarna-warni yang lain. Sini adalah laut dalam yang menjadi tempat kegemaran geng skuba. Tapi geng kite dipenuhi dengan mak mak yang takut tenggelam dan anak anak kecik, jadi kita pon snorkling je la atas permukaan air. Ini adalah percubaab kali kedua kiteorang snorkling. Seram memang ada. Takut tenggelam kan. Cuma masa dalam air kena tenangkan fikiran jangan takut. Kalau dah pakai jaket keselamataan dengan betul confirm takkan tenggelam Macam Raiqal dan Humairah. Berani betul diaorang berenang. Ibu pon takut sebenarnya. Terpaksa la berpaut pada Humairah dan Raiqal untuk snorkling. ☺
Lepas snorkling kita pon pergi makan di Kampung Kekek. Kalau tak cukup duit nak bayar di Restoran atau kedai di Tioman ni jangan risau. Diaorang semua dah maju. Boleh transfer online je kat diaorang nanti diaorang akan bagi no akaun. Senang sejak Covid melanda semua boleh online je.
Lepas makan kite pergi ke Pulau Tulai pulak. Pulau Tulai atau dikenali sebagai "Coral Island" adalah salah sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di sini dan untuk ke sini. Pasir di sini putih dan air lautnya kebiruan. Sangat cantik untuk fotografi.
Taman Laut Pulau Tioman,adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada keindahan luar biasa Pulau Tioman adalah kerana ianya telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara.
Aktiviti snorkling di sini cetek je separas pinggang. Sesuai untuk anak anak nak snorkling, pastu bagi ikan makan. Dapatlah melihat ikan dengan dekat. Macam nak usik pon ada rasanya. Tapi bukan mudah ye nak usik ikan.
Makan di Kampung Tekek
Sesi menghitamkan kulit pun bermula
Walaupun terapung, gaya itu tetap paling penting
Bila dah terlampau lama PKP, PKP, PKP lagi dan bila jumpa pasir.. Eksited sangat.
Pantai yang jernih dan cantik
Putihnya pasir dia
Snorkling time
Main pasir.. Mandi.. Pasir... Mandi..
1 comment:
Best Online Baccarat | Worsione
Play a range of online Baccarat games including a full 바카라 사이트 유니 88 game list, a guide to baccarat variations, live dealer games, roulette, and much more.
Post a Comment