Penyakit yang paling ditakuti di zaman 2020. Akhirnya... Raiqal dipanggil untuk buat swab test...
Wednesday, December 9, 2020
Pengalaman Swab Test Budak 5 tahun...
Penyakit yang paling ditakuti di zaman 2020. Akhirnya... Raiqal dipanggil untuk buat swab test...
Friday, September 25, 2020
Menenangkan Fikiran di Cameron Highlands, Pahang
Perkara yang paling saya suka bila duduk di Raub ini adalah, Raub ni sangat dekat dengan tempat tempat yang menarik. Dekat dengan Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Genting Highland, Janda Baik, Kuala Lumpur dan macam macam lagi la..
Masa balik selepas Lockdown hari tu, mama ajak kiteorng pergi naik ke cameron kejap jalan jalan. Kiteorang ok je cuma tak de bawak baju sejuk untuk budak je. Jadi kiteorang pakai la apa yang ada. Kalau rancang awal, confirm prepare baju sedondon semuanya. Hahahaha.. Biasanya plan yang tak dirancang la akan menjadi. Plan yang rancang lama lama biasa nya hanya tinggal perancangan sahaja. hahahahha.
Untuk pergi ke Cameron Highlands dari Raub, kita akan melalui Jalan Raub-Sg.Koyan-Cameron Highlands dengan jarak perjalanan lebih kurang 141 km. Jarak perjalanan dari Raub ke Felda Sg.Koyan adalah lebih kurang 50 km (45 minit masa pemanduan). Dari simpang Sg.Koyan anda perlu menempuh 91 km lagi untuk sampai ke Cameron Highlands dengan masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah. Struktur dan fizikal jalan ini berkeadaan baik, selamat dan selesa dilalui.
Kiteorang pergi balik hari je. Jadi tak banyak tempat yang kite pergi. Sampai je kat sana kiteorang makan dulu kat kedai steamboat kat Cameron Highland. Nama dia tak ingat plak. Gambar pon tak amik. hahahaha. lapa sangat kot.
Pastu tempat pertama yang kite tuju semestinya Ladang Teh Boh. Tak Cameron la rasanya kalau pergi sini tapi tak singgah Ladang teh. Ladang teh ini terletak di Ringlet, 39200, Cameron Highlands dan mempunyai keluasan 8 ribu ekar yang merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara. Ladang teh ini dibuka untuk orang awan pada hari Selasa sehingga Ahad. Waktu operasi dari pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang sahaja. Jadi kalau pergi Cameron kena singgah sini terus. Nanti tutup tak dapat bergambar di ladang teh. Nanti orang tak percaya kite pergi Cameron Highland plak. Hahahaha.
Selepas melawat ladang teh kiteorang pergi ke Animal Feeding Rainbow Garden. Tiket masuknya murah je iaitu RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Kat sini, pengunjung boleh bergambar dan memberi makanan kepada haiwan yang terdapat di situ. Raiqal gembira sangat dapat bagi kambing makan.
Sebelum balik raub kiteorang singgah di Pasar Malam Cameron Highlands. Bukan beli sayur pon. Jalan jalan je. Beli ais krim viral tu je.
Family Potret
Mengenangkan kerja sekolah yang tak siap lagi di JB mungkin
Thursday, September 24, 2020
Jom pergi mandi sungai di Pulau Chekas, Ulu Dong, Pahang!!!
Hahahahaha.. Tajuknya macam dah lama sangat tak mandi sungai kat sini... Ye la dah jadi pelancong. Sekarang kite dah jadik bangsa Johor ye kawan kawan. Makan Lepat Lui. Dah x makan Tempoyak. 😂😂😂
Ni bukan satu satunya sungai yang ada di Raub ni ye, ada banyak lagi sungai di sekitar daerah Raub ni. Contohnya macam Lata Lembik, Lata Jarum, Jeram Pasu yang sesuai untuk berkayak dan aktiviti ekstrim, Jeram pangkin dan banyak lagi la. Pulau Chekas ni sesuai untuk budak budak sebab kawasannya yang tak berapa bahaya.
Masa kecik kecik dulu selalu datang ke sini. Mandi mandi air sungai sejuk sejuk. Rasa segar sangat. Kalau dulu nak masuk sini semuanya free. Tapi sekarang nak masuk dah kena bayar RM2. Kanak-kanak atau pelajar yang berumur 18 tahun kebawah, masuk adalah percuma. Pastu akan diberi plastik sampah. Jadi pihak pengunjung perlu memastikan kebersihan sungai dan tidak membuang sampah merata rata. Dah ada plastik sampah, jangan mengada nak buang dalam sungai plak ye.. Hahahahaha..
Parking kereta plak senang, kat tepi tepi jalan je.. Tapi biasanya kalau ramai pengunjung agak susah la nak cari parking. Kena jalan jauh plak. Tapi itu biasa untuk tempat rekreasi seperti ini kan. Terdapat juga gerai-gerai kecik tepi jalan jual makanan ringan macam sosej, jajan dan air.
Di sini, tak perlu risau sebab ada, tandas awam, bilik menyalin pakaian dan surau disediakan.
Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik, Bentong Pahang
Tak sangka akhirnya bercuti de Kampung Sendiri di tahun 2020 ini... 😌😌😌😌
Dulu masa kecik kecik setakat main khemah, khemah, masak-masak, basikal, panjat pokok tak heran langsung sebab menghadap benda tu setiap hari.
Sejak menetap di Johor Bahru selama 10 tahun, perkara perkara begini jarang berlaku.. Yang ada hanyalah shopping... shopping... shopping....
Sempena tahun 2020, Raiqal & Humairah pon dah besar, jadi kiteorang bawaklah budak budak ni tidor dalam Canopy.. Diaorang punya excited... Sebab malam malam dengar bunyik katak macam duduk sebelah telinga je. hahahaha.. Dengar Raiqal pon mengejek sekali bunyi katak tu. Macam dah berkawan baik pulak.
Kiteorang bertuah kerana dapat Canopy baru dan masih cantik. Dalam Canopy bersih dan Cantik. Bilik air juga bersih dan cantik. Malam banyak lampu, jadi tidak takut sangat... Budak budak pon bermain dengan gembira...
Harga semalam lebih kurang RM 300. Antara aktiviti yang disediakan adalah bermain Ping Pong, Buaian, Berbasikal, Mandi Sungai. Makan malam dan tengah hari tidak disediakan. Cuma makan pagi sahaja yang disediakan. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau kerana terdapat banyak kedai makan berhampiran tersebut.
Wednesday, September 23, 2020
Zoo Negara 2020
Trip ke Zoo Negara...
Raiqal & Humairah gembira segembira-gembiranya bila dapat pergi ke Zoo Negara.
Tak ada yang menarik sangat pergi ke Zoo Negara. Zoo Negara dulu dulu lagi menarik daripada Zoo Negara tahun 2020. Setakat Harimau ada sekor, Anak Zirafah sekor, ular tak da.. tutup, singa sekor...
Apa yang kelakar... Semasa pertunjukan haiwan, Pekerja Zoo ingin memperkenalkan haiwan kepada penonton. Dia punya cerita dan suspen macam singa atau ular yang keluar.. Rupanya - rupanya ayam kampung yang datang.. terkedek kedek ayam betina n jantan tu masuk pastu makan dedak depan pentas..... hahahahahaha....😌😌😌😌😌. Betul betul terkejut. hahahahaha....
Selepas penat pusing satu Zoo Negara dalam masa kurang sejam sebab tak ada apa dan banyak tutup kiteorang kembali ke pintu utama. Cita-cita naik Bus dalam Zoo sambil menikmati pemandangan haiwan setelah penat menjaga dua orang budak yang hiper aktif dalam Zoo. Tapi sungguh mengecewakan kerana naik bus sekejap sangat dan bukan pusing satu zoo.. setakat pergi ke tempat singa yang tak berapa jauh, jalan 5 minit pon xsampai, pastu patah balik... menyesal betul beli tiket....
Overall... memang menyesal pergi Zoo Negara selepas PKP. macam tiada apa yang menarik. Haiwan makin sikit. Banyak kandang haiwan tutup. Bayar mahal.
Rasanya dulu nak keliling satu Zoo negara rasa macam Zoo Negara tu besar dan luas sangat sampai tak larat nak berjalan. Tapi kini macam menyesal. Macam jalan kat Taman Merdeka.
Mungkin inilah yang dikatakan Zoo Negara tahun 2020 dan di musim Pandemik. Haiwan haiwan pon perlu kekalkan penjarakan sosial supaya tidak terkena Covid-19 kot.
Friday, July 10, 2020
Mari membaca buku di BookExcess, Sunway Johor
Book Excess adalah sebuah kedai buku yang besar berkeluasan 32,000 kaki persegi yang menampilkan rak setinggi 7.5 meter dengan design yang sangat menarik sesuai untuk bergambar.
Bukan setakat interior designnya sahaja yang cantik, tapi ada banyak range genre buku yang available. Buku kanak-kanak, permainan, komik, fiksyen, non-fiksyen, notebook and banyak lagi. Non-fiksyen terbahagi kepada self-help books, business, music, religion and history. Kalau fiksyen pulak ada genre sci-fi, fantasy, romance, young adults and thriller.
Dia pon bergambar dengan gembiranya..
Pilih pilih buku..
Jalan-jalan carik buku...
Apa lagi.. Bergambar lah...
Membaca Amalan Mulia
Hasil tangkapan di Book Excess.
Alamat :
Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Persiaran Medini 5, 79250 Nusajaya, Johor. Waktu beroperasi: 10 pagi-10 malam