Hari nie first day masak kat rumah baru...
Nak masak kailan ikan masin dan Sotong Goreng Kicap pedas....
Resepinya??? Jeng Jeng Jeng...
"Kailan Ikan Masin Masak Suka Hati"
Bahan-Bahannya:
1. Baby Kailan (Sudah semestinya)
2. Ikan Masin ( Beli yang dalam botol sudey)
3. Bawang Putih
4. Cili padi
5. Sos Tiram
Cara-Caranya:
1. Potong baby kailan pada 4 bahagian, basuh dan toskannya.
2. Tumbuk lumat bawang putih, cili dan ikan masin
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
4. Masukkan sedikit air, sos tiram dan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati..
5. Masukkan batang kailan, bila sudah masak masukkan sayur kailan dan hirisan cili merah..
6. Angkat bila sudah masak!!!
******************
Okeh, Resepi yang kedua plak adalah :
" Sotong Masak Kicap Pedas... "
Bahan-Bahannya:
1. Sotong yang dipotong bulat-bulat.
2. Kentang
3. 1 biji bawang besar
4. 3 ulas bawang putih
5. 4 biji bawang merah kecik
6. Cili Api ( ikut citarasa)
7. Sedikit halia
8. Sos tiram, kicap dan garam secukup rasa.
Cara- Caranya:
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang merah
2. Goreng kentang sehingga empuk dan angkat
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan halia dan sotong.
5. Masukkan air, sos tiram, kicap dan garam secukup rasa.
6. Angkat bila sudah masak.
Selamat Mencuba...