Tuesday, June 5, 2012

Kisah Adan Dan Hawa...

Kenapa aku ditakdirkan untukmu wahai suamiku???
Kenapa aku perlukan kamu dan kamu perlukan aku??

" Bila ku tercipta dari tulang rusukmu, Mengapa ku tak mampu sempurnakan hidupmu..
Bila ku ada karena kau ada, Mengapa kau tak bisa semdiri saja... "

Kerana kita ditakdirkan hidup berpasangan untuk saling melengkapi. Kerana aku adalah untukmu dan kamu adalah untukku...

Kisah Adam dan Hawa adalah permulaan kita saling memerlukan..
Ketika Nabi Adam a.s telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke bawah dan ke atas, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat dikala kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya.

Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba-tiba ia merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan Jibril agar mengeluarkan tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s, sedangkan dia tidak merasakan kesakitan. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita yang diberi nama Hawa.

Segala  kecantikan dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Hawa hingga hari kiamat. Begitu juga segala kesucian, budi pekerti diletakkan dalam diri Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam. Sehingga Hawa menjadi seorang wanita yang cantik di seluruh langit dan bumi dan Adam menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.

Allah SWT membangunkan Adam a.s dari tidurnya sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya. 
Lalu Adam bertanya : " Siapakah Engkau?" Siti Hawa menjawab : " Aku diciptakan Allah untukmu."
Adam berkata : " Dekatlah engkau kepdaku." Hawa menjawab : " Sebaiknya engkaulah yang datang mendekatiku."
Adam lalu berdiri dan pergi mendekati Hawa. Semenjak itulah pada kebiasaanya bagi umat manusia keturunan Adam, pihak lelaki menemui dan meminang kaum wanita.

Di saat Adam as mendekati Hawa, beliau ingin memegang Hawa, tiba-tiba tedengar suara : " Wahai Adam, bersabarlah kerana pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahiar dan nikah." Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada semua penghuni syurga, menghiasi syurga seindah-indahnya.  Setelah itu Allah memerintahkan kepada malaikat di langit supaya berkumpul di bawah pohon Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.

Kemudian Allah berkhutbah, " Alhamdulillah pujian untukKu dan keagungan adalah selimutKu, seluruh makhluk adalah HambaKu. Aku menjadikan malaikat-malaikat dan penghuni langitKu sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dan Adam dengan mas kawin dan tasbih serta tahlil atasKu."

Kemudian pelayan-pelayan syurga dan para malaikat menabur mutiara dan delima, lalu Hawa mereka serahkan kepada Adam. Hawa meminta mas kahwinnya daripada Adam. Maka adam berkata " Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, permata, atau perak?"
Allah berfirman : " Bukan wahai Adam."

Adam bertanya lagi " Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucap tasbih untukMu?" Allah berfirman : " Bukan wahai Adam." Adam bertanya lagi " Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan?"
Allah berfirman :  " Mas kahwin Hawa iaitu engkau membacakan selawat 10 kali untuk Nabi dan kekasihKu Muhammad penghulu seluruh Rasul...

Sedikit sejarah Adam dan Hawa..
Semoga kisah ini dapat menjadi ikhtibat buat kita sayangku..