Syurga suami dibawah tapak kaki ibu. Tetapi syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Tetapi tidakkah kamu sedari sebelum kamu menikahi isterimu bagaimana tangggungjawab kamu ke atas ke dua ibu bapamu? Berapa kali kamu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapamu? Bukankah kamu lebih suka keluar melepak dengan kawan-kawan berbanding pulang ke kampung sewaktu kamu bujang dahulu? Berapa kali pula isterimu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Setelah kamu bernikah kenapa pula kamu sering bergaduh dengan si isteri apabila tiba waktu pulang ke kampung. Adakah kamu tidak suka keluarga isteri atau kami iri hati akan isteri dan keluarganya? Bila isterimu mengeluh ingin pulang ke kampung kerana rindukan keluarganya, kamu memberi alasan kamu kena jaga ibu bapamu kerana syurga kamu di bawah tapak kaki ibumu. Fahamilah wahai suami, sebelum isterimu menikahimu dia mungkin pulang ke kampung setiap minggu. Mungkin dia perlu masa untuk berubah dan menerima kenyataan yang ibu bapanya sudah tiada hak ke atasnya lagi. Mungkin dia juga tidak sedar selepas akad dilafazkan, dia mungkin akan terpisah dari ibubapanya. Orang selalu kata 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Tetapi jika anaknya adalah perempuan bagaimana dia dapat menjaga ibunya jika tidak mendapat keizinan suami? Isteri hanya boleh menangis dan bersedih sahaja tanpa pengetahuan suami.

Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
Tetapi tidakkah para suami sedar bahawa biasanya isterimu (anak perempuan) andalah yang paling rapat dengan ibu bapanya berbanding anak lelaki. Isterimu juga dibesarkan oleh ibu bapa yang mencintaimu seumur hidup. Biasanya apabila belajar di Universiti ataupun telah bekerja anak lelaki jarang ambil berat mahupun pulang ke rumah ibu bapa mereka. Tetapi berlainan dengan anak perempuan mereka pasti akan pulang ke kampung walau ada sedikit cuti kerana peresaan mereka pada ibu bapa lebih mendalam dan kuat. Suami mungkin mencintai isteri lebih dari ibunya sendiri, tapi suami kadang-kala tidak mungkin akan sesetia dan sekasih sorang ibu bapa terhadap anaknya. Walau seburuk manapun anaknya ibu bapa tidak akan meninggalkan dan memburukkan anaknye sendiri. Mereka tidak pernah membandingkan anak mereka dengan anak orang lain dan akan berusaha memenuhi permintaan anak mereka. Tetapi kadang kala suami akan menengking, memaki, memarahi, menipu dan juga menduakan isterinya.

Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya dia bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenali dan hanya terikat dengan ikatan rahim ayah dan ibunya.
Tetapi... tidakkah engkau sedar wahai suami, isterimu juga dibesarkan dan ditanggung nafkah oleh ibu dan bapanya sehingga dia berjaya. Dia juga ingin membalas budi ibu dan ayahnya apabila sudah dewasa. Dia sanggup menikahimu, lelaki asing yang bari dikenaliny dan meninggalkan ibu bapa yang menjaganya sebaik-baik manusia demi kamu. Jadi janganlah kami menghalang dia dari terus berjumpa atau ingin membalas budi ibu dan ayahnya. Cubalah fahami isi hatinya.