Bila perut sudah membesar dan usia kandungan pula sudah meningkat, pasti kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit badan.
Nak tukar gaya tidur pun da susah masa ni.
Nak peluk bantal perut terasa sempit kan???
Hehhe... Di sini ada beberapa tips yang dapat dijadikan rujukan untuk ibu-ibu mengandung ye....
Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah posisi tidur mengiring ke kiri
Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke-16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih. Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara peha anda dan satu di bahagian punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.
Contohnya macam bantal di bawah ni...
Bantal untuk ibu hamil
Tidur miring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi miring ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.
Posisi tidur ibu hamil
Tidur Dengan Posisi Terlentang
Selepas minggu ke-16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguang pencernaandan mengganggu pernafasan dan peraedaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah sesetengah wanita yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan mereka pening kepala.
Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi, adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dalam posisi terlentang.
Jika anda bangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang tidur terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Usah aje ke posisi miring semula.
TIPS MENGATASI KESULITAN TIDUR SEMASA HAMIL
Posisi Tidur Yang selesa.
Faktor terpenting untuk mendapatkan tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke kiri. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.
Mandi Dengan Air Panas.
Mandilah dengan air panas ( tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. Rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.
Hindari Makan Makan Terlalu Banyak Sebelum Tidur.
Ibu hamil seringkali terasa ingin makan sesuatu sebelum tidur.Tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. Cuba hindari makan terlalu banyak atau kenyang sebelum tidur. Anda dapt menggantikannya dengan makan makanan ringan yang lain atau segelas susu panas. Ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut anda yang akan mempengaruhi tidur anda.
Minum Segelas Susu Panas
Ia akan membantu anda tidur dengan nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang dapat membantu anda tidur lebih selesa.
Berjimak
Berjimak dengan pasangan anda juga adalah salah satu cara yang baik untuk memberikan rasa relax dan santai buat anda. Tetapi jika anda merasa tidak mahu melakukannya, mintalah pasangan anda memnerikan urutan yang lembut sehingga anda berasa tenang dan bahagia kerana dimanjakan.
Latihan Menarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan dapat membantu anda tidur lebih selesa. Carilah posisi yang selesa untuk duduk, berdiri atau berbaring, lalu tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. Kemudian hembus nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.
1 comment:
Salam Semua,
Kami menjual bantal ibu hamil @ pregnancy/maternity pillow.
Bantal kami diisi MICROBEADS aka butiran2 halus. Untuk pengetahuan anda, microbeads ni hypoallergenic, maksudnya dustmites dan seangkatan dengannya tak makan atau boleh hidup di dalam bantal ini.
Kalau nak bandingkan dengan jenama terkenal, lebih kurang macam Theraline Pillow. Tapi bantal kami lagi murah dan lagi besar serta bentuknya yang unik (lain daripada pregnancy pillow yg lain2) InsyaAllah, dapat menjamin keselesaan anda dengan menyokong bahagian2 penting badan semasa kehamilan. Sila layari:
http://mommiescomfies.blogspot.com/
untuk mengetahui lebih lanjut.
Boleh call or whatsapp at:
0142233381
0162056242
Terima kasih.
Post a Comment