Monday, December 10, 2012

Karya Ramlee Awang Murshid

Novel??? 
Emm... Tak berapa nak minat sebab kebanyakan novel berunsurkan cinta-cinta,
gaya penulisan yang tidak menarik, melalut-lalut, dan yang paling x bestnyer hero dan heroin yang digambarkan mesti sangat sempurna, paling cantik dan hensem dan sebagainyalah...
Bosan... Bosan... Bosan..

Tapi dulu-dulu ada gak baca novel akak sebijik dua tapi tengok kepada penulisnyer jugak la, dan jugak novel-novel cerita hantu cam karya Tamar Jalis, Tok Peran, Tok Awang Ngah dan sebagainya. Memang best, pastu xberani nak tdo sorang-sorang. Hahaha...

Kini da terpikat ngan karya Ramlee Awang Murshid..
Walau x semua karyanya yang baca tapi boleh la layan sebab penulisan dan cerita die best kot.
Tapi kebanyakan novelnya ada yang bersambung-sambung. Dan yang terbaru die baru je mengeluarkan buku Sunan Musafir.. Sunan musafir adalah sambungan dari novel cinta sufi.. Semuanya ada 5 episod sebelum Sunan Musafir.. Rugi woo xbaca. Saye pun tak baca g.. Biasanya pinjam akak nyer je.. Hehehe..
Mari kita review dulu cerita-cerita best Laksamana Sunan yang sebelum-sebelum ni ye....

BAGAIKAN PUTERI (2005)
Mengisahkan tentang Haryani dan Laksamana Sunan...
Mereka bertemu dalam satu dimensi di luar batas kangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal manusia. Mereka dari zaman berbeza dan saling jatuh cinta.

Dani... Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus terpikat, Dia berusaha membawa Haryani kembali ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat keputusan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!!

CINTA SANG RATU (2007)

Kalau baca novel Bagaikan Puteri mesti tak sabar mengetahui sambungan selanjutnya.. Hehe... Novel Cinta Sang Ratu merupakan sambungan kepada Novel Bagaikan Puteri. Pasti ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani..

Pada akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia bertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Sebelum itu, die berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke 21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu...

Nak tau cerita selanjutnya??? Belila novel ni... Hohoho...

HIJAB SANG PENCINTA (2009)

Novel ini mengisahkan rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifuddin. Demi menjejaki keluarga tercinta Saifuddin atau Laksamana Sunan merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan.

Berita kepulangan Saifuddin ke Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifuddin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. jasadnya berpindah merentasi masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifuddin bertemu Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tembakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Novel ini adalah pelengkap trilogi 'Bagaikan Puteri' dan'Cinta sang Ratu' ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifuddin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri sesiapa yang menghayatinya...

CINTA SUFI (2010)
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melakau. Ingin mencari lelaki bertanduk dua. Tanpa diduga takdir menentukan Laksamana Sunan adalah lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penajajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. Cinta Sufi sebuah kesinambungan trilogi.

SUTERA BIDADARI (2011)
Saifuddin - Muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berasam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

Makluk Sumpahan- Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21, dia memburu sisa kejahatan berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertai kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada abad ke 21.