Thursday, November 24, 2011

Bukit Tinggi, Bentong Pahang

 Pertama kali p dating lepas bertunang. Hahahahaha...

Dia datang dari jauh, Johor ke Raub. Jadi kite bawak la dia pergi melawat Bukit Tinggi walaupun hakikatnya dia yang bawak kereta sebenarnya.. 😆😆😆

Bukit Tinggi ni tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. Simpang naik ke Bukit Tinggi atas sikit dari Genting Sempah kalau dari KL.

Kalau nak berjalan santai santai sambil menikmati keindahan alam dan bangunan memang sesuai datang ke sini dengan cuaca yang agak sejuk. Nyaman je rasanya. Bangunan kat sini bertemakan perkampungan Perancis. Pastu boleh jalan kaki ke Japanese Village. Kalau nak bergambar memang cantik kat sini. 

Kiteorang biasanya balik dari KL selalu singgah naik Genting, kadang kadang Bukit Tinggi.. Pastu baru balik Raub. Seronok bila babah selalu bawak kesini. Jadi sekarang kita plak bawak orang Jengka ni pergi melawat Bukit Tinggi ni.

Jika anda bercadang untuk ke sini, jangan lupa untuk menyediakan wang untuk bayaran masuk yang dikenakan di pondok pengawal semasa perjalanan naik. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 12 tahun. 











Kiteorang datang sini untuk bergambar je. Tak de makan makan ke, duduk hotel ke. Membazir.. 
Sebab rumah dekat je.. Kalau nak makan baik makan kat KL. Lagi puas hati.

~~Thanks.. Nnati kita singgah lagi sini~