Sunday, February 14, 2021

Berkhatan dan proses penyembuhannnya... Part 2..

Penjagaan budak bersunat mungkin berbeza. Ada yang beranggapan, Sunat masa kecil lebih cepat sembuh sebab kulit lebih lembut dan luka lebih senang sembuh. Ada juga yang beranggapan yang sunat masih kecil, zakarnya masih belum matang untuk disunatkan kerana kepala zakarnya masih tenggelam dan belum muncul lagi.

Alhamdullillah, Raiqal hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk sembuh.

Selepas bersunat, zakar Raiqal bengkak sedikit dan ada sedikit darah mengalir.

Doktor beri ubat sapu. Ubat sapu berbentuk krim dan menyukarkan saya untuk sapu di bahagian luka. Jadi saya tukar dengan ubat kuning, yang berbentuk cecair dan lebih mudah dialirkan ke bahagian luka tersebut. Ubat kuning ini akan mengeringkan luka dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Pada hari ke tiga basuh dengan Dettol dan keringkan.

Hari Pertama : 

Berdarah sedikit dan dengkak di sekitar tempat bersunat. Balik rumah Raiqal terus tertidur. Tapi waktu malam masih boleh bermain. Tempat bersunat biarkan terdedah dengan angin. 

                           Muka gembira sebab dah sunat                  Minum ubat tahan sakit

Waktu paling berdebar bila Raiqal nak kencing. Terpaksa yakinkan dia kencing tak sakit padahal kita pon tak tau sakit atau tak sebenarnya. Nasib baik Raiqal memang percayakan ibunya 100%. Bila ibu cakap tak sakit, dia pon kencing dan alhamdullillah tak sakit. Cuma bab basuh tu dia suruh tanyakan atoknya kat Raub,Pahang. Kena basuh atau tak payah basuh. Bila atoknya cakap kena basuh untuk kebersihan, dia turutkan sahaja. Very Good Raiqal!!!

Hari Kedua : 

Waktu malam adalah waktu yang agak mencabar. Kerana ada masa masanya tempat sunat tu menegang. Raiqal beberapa kali terjaga dan menangis kerana agak sakit. Terpaksa bagi ubat sakit untuk tahan sakit. 

Masih basah dan keluar cecair bewarna kuning di sekitar kepala kemaluan. Dedahkan di bawah kipas angin. Biar dia duduk dalam bilik sorang sorang.

                     Tidur dengan bergayanya               Tutup dengan kotak masa bagi makan. Senang 
                                                                   boleh jadikan meja sekali.

Hari Ketiga : 

Cecair berwarna kuning semakin pekat dan likat. Tapi sudah mula kering. Mula-mula tu risau jugak, takut jangkitan dan nanah. Sebab warna dia putih kekuningan macam nanah pon ada. Tapi Raiqal bagitau tidak sakit.  Boleh bergerak, buang air, basuh kencing macam biasa. Selagi tidak sakit maksudnya tiada jangkitan.

Makan Roti Tok Ayah                                            Tidur bawah khemah Ikea

Hari Keempat : 

Pertama kali mandi selepas bersunat. Biarkan Raiqal berendam dengan air Dettol sambil main permainan.  Mula mula raiqal rasa takut tapi dia beranikan diri duduk dalam air Dettol. Rupanya tak sakit. Ibunya yang takut lebih. Takut anak sakit kan. Bilas dengan dettol dan sapu ubat kuning.. Dah mula kering dan keruping mula terbentuk.

Hari ke Kelima-Kesembilan: 

Keruping mula tercabut sendiri pada waktu malam menyebabkan luka di keruping tu berdarah sedikit. Letak Ubat Kuning dan Keringkan.

Hari ke Sepuluh : 

Raiqal dah berani pakai seluar dalam. Tiba tiba keruping terlekat dekat seluar dalam. Nasib baik abahnya yang jaga, tiadalah dia mengada ngada sangat. Balik je kerja, dengan gembiranya bagitau sunat sudah elok. Hanya tinggal saki bakinya sahaya yang masih melekat dan benang sedikit belum tetas.

Tpi dah request nak makan Durian. Nasib baik musim Durian. Dapat jugak ibunya tumpang makan. Hahahahaha.

Hari ke Empat Belas : 

Keruping telas tertanggal sepeunuhnya. Raiqal sudah berani bermain di luar tempat jongging...

Selepas bersunat, anak akan rasa takut untuk pakai seluar dalam kerana akan rasa sedikit ngilu pada kepala zakarnya. Tetapi rasa ngilu tersebut akan hilang secara perlahan lahan.

Yang perlu dijaga adalah kebersihan dan pemakanan selepas berkhatan. Budak 5 tahun belum makan banyak lagi. Jadi senang nak jaga makanan dia. 

Raiqal makan bubur nasi ala McD, ikan tenggiri goreng, sup ikan, sup tom yam, pizza. Ayam dan telur dilarang makan sama sekali. Tapi tiba tiba abahnya beli pulak buah durian, ternampak pulak favourite dia.. hahahah. Selepas sihat bari bagi dia makan durian.

Wednesday, February 3, 2021

Berkhatan dan proses penyembuhannnya... Part 1..

Sebelum mengkhatankan Raiqal, terdengar juga bisik-bisik dari teman sekerja.... ' Eh, tak takut betan ke....', ' Eeeee, bentan nanti...' ' Kecik sangat lagi, reti jaga tak....'.... Rasa hati tu memang sakit jugak la. Tapi saya ni bukan jenis yang dengar cakap mulut orang lain. Ape orang nak cakap tu, ikut suka hati dia la. Yang penting kita tau apa yang kita lakukan.

Yang penting sekali adalah Raiqal... Adakah dia bersedia nak dikhatankan. Mental dah siap sedia untuk berkhatan. Kalau Raiqal yakin dia dah boleh bersunat, kita teruskan. Sebab pada saya, kalau kita yakin pada anak sendiri, mereka akan jadi lebih kuat dan yakin pada diri sendiri. 

Saya memilih Klini Medissa Care, Bandar Baru Uda dengan menggunalan kaedah laser. Temu janji dengan doktor pada pukul 4 petang. Doktor yang mengkhatankan Raiqal adalah Dr. Sufian.

Sebelum proses berkhatan, banyak petua diperolehi dari blog-blog yang pernah mengkhatankan anak mereka. Yang paling penting dalam penjagaan luka, biarkan luka bersih, kering dan jangan tutup bahagian luka. biarkan luka terdedah terkena angin.

Salah satu sebab saya mengkhatankan Raiqal di usia 5 tahun 3 bulan kerana dia masih bergantung pada ibunya dan masih belum timbul rasa malu sangat. Semua benda, rasa tidak selesa dan perubahan yang berlaku pada bahagian khatannya semua dia ceritakan pada saya. Termasuk jirus air selepas kencing pon dia hanya percayakan saya. Jadi kalau saya campurkan Dettol sikit dalam air basuhan pon dia tak perasan. Jadi lebih memudahkan saya untuk memantau dan menjaga luka berkenaan.

Sebelum proses khatan berlaku, Doktor bertanya kepada Raiqal samada dia tahu apakah itu Khatan. Raiqal pon angguk tanpa menunjukkan sebarang ketakutan. Doktor, Ibu dan Abahnya pon tak berapa yakin, tengok dia macam main main. Risau dia menjerit nanti.. hahahaha... Selepas temuramah raiqal, dan menerangkan serba sedikit proses khatan, Raiqal disuruh tukar kain pelikat dan diberi minum ubat tahan sakit. Selepas itu, di sekeliling Zakarnya akan dicucuk sebanyak 4 kali. Suntikan yang pertama paling sakit. Raiqal pon menjerit kat doktor..' Sakitt la doktor...' hahahahaha... Selepas itu segalanya berjalan dengan tenang dan tiada drama yang berlaku. Doktor dan Nurse semua puji dia seorang yang sangat tenang.

Bersama Doktor Suffian
Muka mengantuk sangat. Selepas bergambar je terus pengsan, tidur....

Pengsan terus bersama lion.