Saturday, January 29, 2022

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Kalau pergi perak rasanya tak sah kalau kite tak singgah di Warung Mak Jay Kuala Sepetang. Masa kami baru sampai kat Warung Mak Jah, memang penuh dengan pelanggan. Kena beratur dan amnil nombor dulu sebelum dapat merasa kesedapan Mee Udang Mak Jah. Kat sini ada Rela yang menjaga lalu lintas dan mengawal pelanggan yang baru datang. 

Kat sini ada macam macam makanan lagi macam keropok lekor, bihun goreng dan macam macam lagi. Budak budak ni mesti la takkan makan Mee Udang kan. Jadi Humairah ngan Raiqal makan bihun goreng bersama dengan Tea O' ais favourite sepanjang masa.

Ni lah rupanya mee udang yang kiteorang dapat.. Mungkin sebab ramai orang jadi kualiti rasanya juga kurang. Rasa kuahnya macam dia letak sos je.. Udang ada banyak. Tapi rasanya lagi sedap mee udang di kedai biasa.
Budak budak makan bihun goreng favourite.
Sambil makan mee udang makan kopok lekor...
Walaupon rasanya biasa biasa tapi habis jugak mee udangnya.. Hahahaha.
Sesiapa yang nak pergi perak singgah lah ke Mak Jah Mee udang. Mungkin nasib korang baik dan dapat merasa rasa sebenar Mee Udang Mak Jah.

Warung Mak Jah ni di buka setiap hari kecuali hari Rabu antara pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Assalamualaikum...




Ais Tingkap Viral - Penang

 Kalau korang nak pergi berjalan mesti korang akan google tempat tempat menarik atau tempal viral di facebook atau google kan?

Tapi kalau anda salah google nanti akan pergi ke tempat yang sebenarnya penduduk setempat pon tak pernah pergi.

Kite orang dah terkena ais tingkap di penang. Ais Tingap ni termasuklag dalam list tempat menarik di penang. Semasa sampai di sini, barisan beratur nak beli air tu panjang sangat. Jadi kite ni pon eksited la nak rasa kan air yang viral ni. Jadi kite pon sanggup la beratur panjang tunggu nak dekat sejam semata mata nak minum ais tingkap viral.

Masa tengah beratur tiba tiba datang sharnaz tengah promote kedai tu kot. Lagi la kite ni tak zabarr nak rasa ais tingkap.

HAHAHAHHA..

Kite order la ais tingkap viral satu, air lemon satu, ais kacang dan ais teo o ais.. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa.. Rasa Ais tingkap tu macam air sirap selasih je.. ahhahaha.. beratur berebut semua semata mata nak beli Air silap selasih.. Kecewa betul.. Bulan puasa nanti mungkin air ni menjadi sangat menarik.. hahahaha

Jadi pengajarannya, janganlah cepat percaya dengan benda-benda virak ni. Lebih baik kite tanya penduduk setempat dari google last last keciwa.. ahhahah

Ni la rupanya Ais Tingkap a.k.a air Sirap Selasih Yang Viral tu. 

Sharnaz pon datang promote.. Mane la kite ni tak perpengaruh. Hahahah

Friday, January 28, 2022

Cafe Ice Bowl, Penang

 Terpengaruh dengan gambar gambar cantik yang ada di google, kiteorang pon sampai la ke  Cafe Ice Bowl, Penang..1 Cafe ni terletak di 93(Level 1), Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang. Puas kiteorang cari masa waktu malam rupanya masa zaman Covid sekarang, cafe ni tutup pada pukul 7.30 petang.

Aapa yang menarik kat sini? Cafe ni dihiasi dengan Ais seperti kat kutub utara sana... Ada banyak Igloo, beruang kutub kan hiasan seperti air yang mecantikkan tempat ini.. Ais pada dinding cafe tu bukanlah ais sebenar.  Kalau sekadar nak datang sini bergambar tu ok la.. Cafe ni ada jual ais krim dan makanan ringan macam wafle je..


Bergambar dalam Igloo ngan Snow Man.. Gambar gelap sebab lighting tak ok..

Design kedai dia okay la untuk pelancong. Kalau orang setempat belum tentu akan datang sini.

Dah masuk kenalah order kan... hahahaha..
Bye...

Thursday, January 20, 2022

Johor : Hijrah Dim Sum

Pertama kali makan Din Sum ni adalah di Restoran Kai Xuan  yang terletak di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru. Bukan sahaja Din Sum, Nasi Goreng dan semua hidangan di sini sedap sedap belaka.

Tapi malangnya, Restoran ni telah tutup selepas bencana Covid 19. Lepas tu, dah susah nak cari Restoran Din Sum halal yang sedap di JB. Restoran Wan Li di  Hotel Renaissance, tak berapa berkenan rasanya.

Tiba tiba suatu hari, lepas balik kerja husband ajak makan Din Sum. Dia cakap chef redtoran Kai Xuan dulu kerja di sini plak. Jadi gembiralah hati kami sekeluarga nak p makan Din Sum.. Hahahaha.

Hijrah Dinsum ni terletak di No. 42, Jalan Beringin, Taman Melodies, Johor Bahru. Nampak dari luar agak menarik. Bila anda masuk ke dalam kedainya, akan dilayan oleh pelayan pelayan yang peramah.

Terdapat perbahai pilihan makanan yang ada. Ni antara menu yang ada: 




Menu dia nampak sedap.. Kiteorang jenis makan tak banyak. Jadi ordernya ala kadar je la.. Hahahaha.




Ni sahaja menu yang kiteorangt order. Tu pon penat nya menghabiskannya.
Hahahaha.. Durian Roll jagan dilupakan. Sedapnya sehingga menjilat jari.
Kepada peminat Din Sum boleh cuba makan di sini. Semoga rasanya kena dengan selera anda.

Assalamualaikum..