Wednesday, December 19, 2012

Posisi Tidur Wanita Mengandung

Bila perut sudah membesar dan usia kandungan pula sudah meningkat, pasti kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit badan.
Nak tukar gaya tidur pun da susah masa ni.
Nak peluk bantal perut terasa sempit kan???
Hehhe... Di sini ada beberapa tips yang dapat dijadikan rujukan untuk ibu-ibu mengandung ye....

Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah posisi tidur mengiring ke kiri
Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke-16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih. Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara peha anda dan satu di bahagian punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.
Contohnya macam bantal di bawah ni...
Bantal untuk ibu hamil
Tidur miring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi miring ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.
Posisi tidur ibu hamil

Tidur Dengan Posisi Terlentang
Selepas minggu ke-16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguang pencernaandan mengganggu pernafasan dan peraedaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah sesetengah wanita yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan mereka pening kepala.
Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi, adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dalam posisi terlentang.


Jika anda bangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang tidur terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Usah aje ke posisi miring semula.

TIPS MENGATASI KESULITAN TIDUR SEMASA HAMIL
Posisi Tidur Yang selesa.
Faktor terpenting untuk mendapatkan tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke kiri. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.
Mandi Dengan Air Panas.
Mandilah dengan air panas ( tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. Rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.
Hindari Makan Makan Terlalu Banyak Sebelum Tidur.
Ibu hamil seringkali terasa ingin makan sesuatu sebelum tidur.Tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. Cuba hindari makan terlalu banyak atau kenyang sebelum tidur. Anda dapt menggantikannya dengan makan makanan ringan yang lain atau segelas susu panas. Ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut anda yang akan mempengaruhi tidur anda.
Minum Segelas Susu Panas
Ia akan membantu anda tidur dengan nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang dapat membantu anda tidur lebih selesa.
Berjimak
Berjimak dengan pasangan anda juga adalah salah satu cara yang baik untuk memberikan rasa relax dan santai buat anda. Tetapi jika anda merasa tidak mahu melakukannya, mintalah pasangan anda memnerikan urutan yang lembut sehingga anda berasa tenang dan bahagia kerana dimanjakan.
Latihan Menarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan dapat membantu anda tidur lebih selesa. Carilah posisi yang selesa untuk duduk, berdiri atau berbaring, lalu tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. Kemudian hembus nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.

Tuesday, December 18, 2012

Antara Suami dan Isteri..

Syurga suami  dibawah tapak kaki ibu. Tetapi syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Tetapi tidakkah kamu sedari sebelum kamu menikahi isterimu bagaimana tangggungjawab kamu ke atas ke dua ibu bapamu? Berapa kali kamu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapamu? Bukankah kamu lebih suka keluar melepak dengan kawan-kawan berbanding pulang ke kampung sewaktu kamu bujang dahulu? Berapa kali pula isterimu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Setelah kamu bernikah kenapa pula kamu sering bergaduh dengan si isteri apabila tiba waktu pulang ke kampung. Adakah kamu tidak suka keluarga isteri atau kami iri hati akan isteri dan keluarganya? Bila isterimu mengeluh ingin pulang ke kampung kerana rindukan keluarganya, kamu memberi alasan kamu kena jaga ibu bapamu kerana syurga kamu di bawah tapak kaki ibumu. Fahamilah wahai suami, sebelum isterimu menikahimu dia mungkin pulang ke kampung setiap minggu. Mungkin dia perlu masa untuk berubah dan menerima kenyataan yang ibu bapanya sudah tiada hak ke atasnya lagi. Mungkin dia juga tidak sedar selepas akad dilafazkan, dia mungkin akan terpisah dari ibubapanya. Orang selalu kata 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Tetapi jika anaknya adalah perempuan bagaimana dia dapat menjaga ibunya jika tidak mendapat keizinan suami? Isteri hanya boleh menangis dan bersedih sahaja tanpa pengetahuan suami.

Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
Tetapi tidakkah para suami sedar bahawa biasanya isterimu (anak perempuan) andalah yang paling rapat dengan ibu bapanya berbanding anak lelaki. Isterimu juga dibesarkan oleh ibu bapa yang mencintaimu seumur hidup. Biasanya apabila belajar di Universiti ataupun telah bekerja anak lelaki jarang ambil berat mahupun pulang ke rumah ibu bapa mereka. Tetapi berlainan dengan anak perempuan mereka pasti akan pulang ke kampung walau ada sedikit cuti kerana peresaan mereka pada ibu bapa lebih mendalam dan kuat. Suami mungkin mencintai isteri lebih dari ibunya sendiri, tapi suami kadang-kala tidak mungkin akan sesetia dan sekasih sorang ibu bapa terhadap anaknya. Walau seburuk manapun anaknya ibu bapa tidak akan meninggalkan dan memburukkan anaknye sendiri. Mereka tidak pernah membandingkan anak mereka dengan anak orang lain dan akan berusaha memenuhi permintaan anak mereka. Tetapi kadang kala suami akan menengking, memaki, memarahi, menipu dan juga menduakan isterinya.


Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga     dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya dia bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenali dan hanya terikat dengan ikatan rahim ayah dan ibunya.
Tetapi... tidakkah engkau sedar wahai suami, isterimu juga dibesarkan dan ditanggung nafkah oleh ibu dan bapanya sehingga dia berjaya. Dia juga ingin membalas budi ibu dan ayahnya apabila sudah dewasa. Dia sanggup menikahimu, lelaki asing yang bari dikenaliny dan meninggalkan ibu bapa yang menjaganya sebaik-baik manusia demi kamu. Jadi janganlah kami menghalang dia dari terus berjumpa atau ingin membalas budi ibu dan ayahnya. Cubalah fahami isi hatinya.



Tanda-tanda kehamilan dan kaedah menentukannya

Adakah anda hamil? jika anda sedang hamil, beberapa perkara dan tanda-tanda kehamilan akan berlaku kepada anda pada peringkat awal kehamilan. Apabila anda ragu-ragu tentang perkara ini, cubalah perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri anda. Antara perubahan tersebut adalah:

1. Tidak datang haid atau menstruasi
Jika anda sedang hamil, anda tidak akan datang haid lagi. Ini kerana dinding rahim anda sedang dipersiap untuk proses kehamilan. Amat penting untuk anda mengetahui hari pertama haid anda yang terakhir. Ia untuk menentukan usia kandungan anda dan perkiraan tarikh bersalin. Perlu  diingatkan di sini bahawa tidak datang haid mungkin disebabkan perkara lain juga. Oleh itu, jumpalah doktor anda untuk pengesahan.

2. Mual dan Muntah
Berasa mual dan muntah atau alahan kepada bau makanan sering terjadi kepada anda sebagai tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana berlaku perubahan hormon di dalam badan. Ia juga turut dikenali sebagai "morning sickness" kerana mual dan muntah sering terjadi pada waktu pagi pada bulan-bulan kehamilan.

3. Sering membuang air kecil
Ia terjadi kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar. Perkara ini pada kebiasaannya akan berterusan selama tempoh kehamilan anda. Tetapi, selepas minggu ke-12, ia akan menjadi sedikit berkurang dan timbul kembali pada minggu ke-28 kehamilan.

4. Mengidam
Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu yang sedang mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda menginginkan makan makanan tertentu sahaja. Gejala ini sering berlaku bulan pertama sahaja.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang hamil seperti :
  • Perubahan saiz payudara secara drastik
  • Puting membesar, bewarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal dan sakit
Setiap wanita mempunyai gejala dan tada-tanda kehamilan yang berbeza-beza dan berlainan antara satu sama lain. Ada yang membebankan dan ada pula yang langsung tidak memenatkan dan tidak mempunyai keluhan. Jika gejala-gejala tersebut masih belum terdapat pada anda, maka anda dapat memastikannya dengan ujian lain.


Monday, December 17, 2012

Petua mengetahui jantina Anak..

Setiap ibu mengandung pasti sangat teruja untuk mengetahui jantina bayi masing-masing kan?
Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dan sahabat handai sibuk bertanya 
' Baby perempuan ke lelaki?', 'Da scan ke?'..
Mungkin ramai yang ingin tahu jantina bayi mereka kerana senang bagi mereka untuk membuat persiapan untuk membeli barangan bayi mereka.
Biasanya warna pink untuk bayi perempuan manakala warna biru untuk bayi lelaki.
Tetapi ada juga yang tidak ingin tahu jantina anak mereka. Biar surprise katanya...
Apapun semuanya terpulang kepada ibu bapa masing masing samada mahu tahu atau tak jantina masing- masing.

Apakan jantina anak anda??
Bayi lelakikah?

Bayi perempuankah?

Di sini ada beberapa petua yang boleh dibaca sebagai penambah ilmu pengetahuan untuk mengetahui jantina bayi anda selain daripada kaedah scan....

1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat dari perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayi seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau keenam.

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi adalah perempuan, Dan bayi lelaki pula sebaliknya, di sebelah kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan lebih cenderung ke arah kiri. Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin. Jika jantina adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun agak tajam dari sisi kedepan. Bahagian pinggan akan rasa lebih kosong.

4. Orang memuji anda.
Cara ini adalah untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan daging bagi bayi lelaki. 

6. Kelakuan 
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

7. Cincin
Sesetengah wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana menggunakannya? Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung. Perhatikan cincin anda. Jika bergoyang lurus kehadapan bayi anda kemungkinan lelaki, Dan, jika pergerakan cincin kearah melintang adalah perempuan.

Sumber :http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/10-cara-mengetahui-jantina-bayi-anda.html

Kita hanya mengharap dan merancang, tapi Allah yang menentukan. Lelaki atau perempuan semuanya okeh ajer.... kan???

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Se lain itu, masyarakat cina juga biasanya percaya kepada carta ramalan jantina anak berdasarkan kalendar cina.

Jom baca dan lihat bagaimana mengetahui jantina anak anda melalui kalendar lunar cina. Ianya juga sesuai jika anda ingin merancang jantina anak anda.
Klik gambar untuk melihat lebih jelas

Perhatikan jadual di atas.
Menurut sejarah, manuskrip ini telah ditemui tertanam selama 700 tahun di makam kerajaan Beijing.
Kewujudan manuskrip ini dipercayai disebabkan oleh keinginan yang kuat pada zaman tersebut untuk memiliki anak lelaki sebagai waris dalam keluarga.
Dimana ia kemudianya diamalkan oleh kebanyakan orang di cina dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia. Ketepatan manuskrip ini telah dibuktikan ribuan orang dan dipercayai 90% tepat.
Kini manuskrip asli ini telah disimpan oleh institit di Beijing.

Bagaimana menggunakan jadual ini?
Jika si ibu berusia 23 tahun semasa persenyawaan anak berlaku pada bulan Mac, maka bayi akan lahir berkemungkinan besar adalah perempuan.

Sumber : http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/carta-ramalan-jantina-anak-berdasarkan.html

Sunday, December 16, 2012

Hilangnya Permata Berharga Dalam Family Kami..

Dia seorang anak, ibu, kakak dan isteri yang sangat ceria, memahami, periang, pemurah dan pelawak...
Yang sangat menceriakan keluarga kami dengan keriuhan suaranya..
Dialah, Zayana Zahira binti Ahmad Anuar...
Insan yang pasti bertakhta di hati kami sekeluarga setiap detik sehingga ke akhirnya..
Rindu padanya...
Gelak tawanya...
Masih berserikah raya nanti tanpa kehadiran dia??
Masih berserikah keluarga ini bila berkumpul tanpa kehadiran die??
Kerana dia adalah penyeri keluarga Haji Ahmad Anuar & Hajjah Kamsiah Jamaludin...
Dia menceriakan kami dengan telatahnya yang bersahaja....
Dia kakak yang memahami...
Dia adalah seorang anak, kakak, cucu, isteri dan ibu yang sangat penyayang, memahami dan disenangi..

Tragedi itu berlaku pada tanggal...
9 November 2011.
Kegembiraan yang dinantikan bertukar menjadi sebuah kisah tragis.
Kami adik beradik telah berpakat untuk berkumpul di KL untuk menjemput mama dan babah yang baru balik haji pada 11 November 2011.
Semua kami sangat excited menunggu kepulangan orang tua tersayang. Mama dan babah pun x sabar untuk pulang ke tanah air. Ingin berjumpa dengan anak-anak, saudara mara terutama long dan cucu sulungnya, Emir Darwish bin Khairul Fata...

Tetapi semuanya telah ditakdirkan,
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...
Pada pukul 9 malam saya terima panggilan dari adik, mengatakan yang kereta long mengalami kemalangan di persimpangan Maran. Adik dan baby Emir telah dihantar ke klinik Maran oleh sepasang keluarga menaiki lori. Sepanjang perjalanan baby Emir asyik menangis.

Tidak beberapa lama selepas itu, saya mendapat panggilan dari Syakila, dia memberitahu Long telah tiada lagi... Innalillaa... Perjalanan ke Raub terasa sangat jauh...

Semuanya berlalu dengan sangat sekejap..
Sekelip mata..
Kerana kesalahan orang lain yang memandu laju, Long yang menjadi mangsanya...

Arwah bersama baby Emir
Baby Emir beberapa hari selepas kemalangan di hospital Jengka.
Baby Emir beberapa hari selepas kemalangan di hospital Jengka.
Satria Neo yang dipandu dengan kelajuan lebih kurang 170-190km/j yang telah melanggar tayar belakang kereta hilux.
Keadaan kereta Hilux..
Keadaan Hilux..

Kadang-kadang terlintas kenangan ketika kelahiran baby Emir.
Tanggal 9 Jun 2012, 5 bulan sebelum kejadian ini terjadi.
Kami sekeluarga berkumpul di Hospital Pakar Kuantan, tidak sabar menantikan cucu sulung @ anak sedara pertama dalam keluarga kami.

5 tahun arwah menunnggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup setelah 3 kali keguguran tapi hanya sempat bersama baby Emir selama 5 bulan sahaja.
Arwah seorang yang sangat manja, periang, memahami, berterus-terang, happy go lucky, pemurah, kelakar dan penyayang. Arwahlah penyeri dan penyatu dalam keluarga kami.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Semoga Roh Long dicucuri Rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman... Amin...

Selamat Ulang Tahun yang pertama...

Selamat Ulang tahun yang pertama...

Hari ini tanggal 16 Disember 2012, 9.35 p.m, Genablah setahun usia perkhawinan kita...
Sudah setahun berlalu, pelbagai dugaan dan cabaran yang kita harungi,
Suka, duka, tawa gembira, tangis pedih kita lalui bersama,
Dugaan semasa bercinta dan bertunang tidak seberat dugaan yang kita hadapi setelah akad dilafazkan.
Ada sahaja dugaan dan keperitan yang kita lalui saban hari,
 Semoga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui lebih bahagia dan gembira,
Tiada lagi duka dan air mata.
Tiada lagi hasutan mahupun orang ketiga dalam kehidupan kita,
Air mata ini cukup setakat ini sahaja,
Kesetiaan dan kejujuran bersama sangatlah penting untuk mencapai matlamat keluarga sakinah ini....
Semoga Allah merahmati perkhawinan ini... Amin...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
My first letter on my first anniversary... Dear Meow Se
Happy 1st Anniversary

Today 16 Dec 2012 is our first anniversary.

2. I feel so lucky to have a wonderful woman. A woman that made my life complete. A woman that makes my day by the time I woke up. Til I get home from work. I Love you so much!

3. This day reminds me that Allah really loves me. For He gave the most wonderful person. And chose her to be my lifetime partner. I will alw
ays be grateful. Our anniversary reminds me that there is someone who Loves me, Support me,Understands me, Caress me, Take care of me, Stand by me, 364 days in a year!How lucky can I get? Another 365 days is coming up! Brace yourself, wifey!

4. No one can ever replace you, From the morning I wake up, Til I lay my head beside you. The comfort and love that I feel when I am with you, Those are irreplaceable

Thanks for being my Love.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Detik Itu...
Aku Terima Nikahnya...
9.35 p.m 16 December2012...

Lafaz Sakinah...
Heningnya... Sunyi Suasana... Lafaz sakinah bermula,
Apa rasa, Diterjemah hanya, Sebak Abah dan Tangis Ibunda,

Adalah aku, Wali puteriku,
Kuserah kini amanahku ini kepadamu,
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta, 
Lebih dari yang kuberikan kepadanya...

Dulu esakkannya bersandar di bahuku,
Tangisannya kini ku serah padamu,
Bukan bermakna, dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu...

Jadikanlah dia wanita syurga, mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama, Indah ia pada maksudnya...

Ku akur, Akan pesanmu,
Puterimu kini amanahku...
Iringlah dengan doamu, Bahagia kami dengan redhamu...

Monday, December 10, 2012

Karya Ramlee Awang Murshid

Novel??? 
Emm... Tak berapa nak minat sebab kebanyakan novel berunsurkan cinta-cinta,
gaya penulisan yang tidak menarik, melalut-lalut, dan yang paling x bestnyer hero dan heroin yang digambarkan mesti sangat sempurna, paling cantik dan hensem dan sebagainyalah...
Bosan... Bosan... Bosan..

Tapi dulu-dulu ada gak baca novel akak sebijik dua tapi tengok kepada penulisnyer jugak la, dan jugak novel-novel cerita hantu cam karya Tamar Jalis, Tok Peran, Tok Awang Ngah dan sebagainya. Memang best, pastu xberani nak tdo sorang-sorang. Hahaha...

Kini da terpikat ngan karya Ramlee Awang Murshid..
Walau x semua karyanya yang baca tapi boleh la layan sebab penulisan dan cerita die best kot.
Tapi kebanyakan novelnya ada yang bersambung-sambung. Dan yang terbaru die baru je mengeluarkan buku Sunan Musafir.. Sunan musafir adalah sambungan dari novel cinta sufi.. Semuanya ada 5 episod sebelum Sunan Musafir.. Rugi woo xbaca. Saye pun tak baca g.. Biasanya pinjam akak nyer je.. Hehehe..
Mari kita review dulu cerita-cerita best Laksamana Sunan yang sebelum-sebelum ni ye....

BAGAIKAN PUTERI (2005)
Mengisahkan tentang Haryani dan Laksamana Sunan...
Mereka bertemu dalam satu dimensi di luar batas kangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal manusia. Mereka dari zaman berbeza dan saling jatuh cinta.

Dani... Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus terpikat, Dia berusaha membawa Haryani kembali ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat keputusan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!!

CINTA SANG RATU (2007)

Kalau baca novel Bagaikan Puteri mesti tak sabar mengetahui sambungan selanjutnya.. Hehe... Novel Cinta Sang Ratu merupakan sambungan kepada Novel Bagaikan Puteri. Pasti ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani..

Pada akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia bertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Sebelum itu, die berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke 21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu...

Nak tau cerita selanjutnya??? Belila novel ni... Hohoho...

HIJAB SANG PENCINTA (2009)

Novel ini mengisahkan rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifuddin. Demi menjejaki keluarga tercinta Saifuddin atau Laksamana Sunan merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan.

Berita kepulangan Saifuddin ke Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifuddin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. jasadnya berpindah merentasi masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifuddin bertemu Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tembakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Novel ini adalah pelengkap trilogi 'Bagaikan Puteri' dan'Cinta sang Ratu' ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifuddin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri sesiapa yang menghayatinya...

CINTA SUFI (2010)
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melakau. Ingin mencari lelaki bertanduk dua. Tanpa diduga takdir menentukan Laksamana Sunan adalah lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penajajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. Cinta Sufi sebuah kesinambungan trilogi.

SUTERA BIDADARI (2011)
Saifuddin - Muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berasam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

Makluk Sumpahan- Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21, dia memburu sisa kejahatan berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertai kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada abad ke 21.