Saturday, October 8, 2022

Nak pakai Bracesss ... huaaaa...

Setelah beberapa hari di rumah, setelah puas berfikir saya rasa tak guna buat braces sebab nanti akan kena buat bridge jugak ataupun gigi palsu. Jadi saya pon buat appointment balik untuk tukar rawatan.

Sekembalinya ke Klinik Dhia Dental, Doktor Fife menerangkan kos kos yang terlibat kalau saya buat braces. Dia cakap saya boleh ambil pakej promotion untuk buat braces iaitu RM5299. Selepas gigi bergerak, Kena buat operation untuk buang atau Tarik gigi kekal keluar dari gusi. Kosnya lebih kurang RM1,800.00 sehingga RM2,000.00. Gigi susu 3 batang perlu dibuang dan kosnya dalam rm300. Dan selepas semua dah berada di kedudukan yang sepatutnya, gigi perlu dipasangkan dengan gigi palsu atau buat bridge untuk mengisi ruang kosong gigi susu yang dah dicabut. Sekiranya buat bride, gigi yang terlibat adalah 7 batang. Maksudnya gigi kapak 2 yang kat depan tu kena dikikis, gigi susu yang ada perlu dibuang dan juga gigi sebelah gigi susu perlu dikikis juga. Kosnya adalah RM7000 lebih.

Jadi kos anggaran kasar untuk gigi saya buat braces adalam dalam RM15,000.00. Wahh.. Mahalnya… Mungkin kos yang tersorok lebih banyak dan jumlahnya adalah lebih besar. Jadi kite matikan je la niat nak pasang braces ni. Saya pilih rawatan yang paling saya tak nak iaitu gigi palsu. Sebab dah tak de pilihan lain dah.

Oleh kerana acuan gigi atas saya tak cantik, Doktor Fife buat sekal lagi acuan gigi atas. Dia juga menerangkan pasal gigi palsu dengan lebih lanjut.


No comments: