Saturday, October 1, 2022

Tampalan gigi saya tertanggal!!! Saya nak pakai Braces!!!! Tak nak pakai gigi Palsu!!!

Pelik tak tajuk post nie?? Hahahaha..

Ape kena mengena tampalan gigi dengan braces dan gigi palsu kan? hahahahaha...

Semua orang tak nak pakai gigi palsu kan? Samalah dengan saya.. Setiap kali pergi klinik gigi, tanya dr gigi ape perlu buat, kalua Doktor cakap buat gigi palsu rasa macam kelakarnya la hai gigi palsu.

Kisahnya bermula pada hari itu, masa tengah makan mee celup, tiba tiba terasa macam ada benda keras dalam makanan. Mula la terasa macam.. jangan la tampalan kat gigi depan ni tertanggal… Sekali tengok, betul itu adalah tampalan gigi yang kat depan ni. Rasa macam nak je terus cabut gigi susu depan ni..

Gigi saya ni ada 3 gigi susu yang belum tanggal sejak kecil. Gigi susu itu terletak di bahagian depan dan atas.. Gigi kapak diapit oleh 2 gigi susu sederet belah kiri dan 1 gigi susu belah kanan. Jadi susunan giginya memanglah tersangat buruk.. Gigi susu ni kecik di sebelah gigi kapak yang besar. Nampak pelik dan buruk sangat.. Bila senyum tu memang buruk sangat la muka rasanya..

Bila tampalan dah tertanggal, niat memang dah tak nak tampal dah sebab tahun ni je dah 2 kali tampal kat gigi yang sama. Rasa membazir duit tampal gigi last last dah tak tahan. Rasa macam nak cabut je biar rongak. Pastu saya pergi la ke Klinik Dhia Dental, kat bandar Baru Uda. Mula mula memang nak buat braces je. Tapi masalah gigi saya bukan berlapis atau berterabur. Masalahnya adalah gigi susu tang tak nak tanggal dan ada gigi kekal dalam gusi yang tak nak keluar.

Mula Mula Dr saranan kan 3 pilihan iaitu buat Implan atau buat bridge (jambatan gigi) atau pakai gigi palsu. Kalau buat impan maksudnya tanam skru dalam gusi dan pasang gigi baru yang cantik. Hasil gigi sama seperti gigi kekal. Cuma masalahnya adalah harga implant sebatang gigi mencecah RM7K. Rasa macam nak pengsan bila dengar harganya. Hahahaha.

Kaedah yang kedua plak adalah buat bridge atau jambatan gigi. Kalau buat bridge dia tak boleh buat 1 gigi je. Minimum kena 3 batang gigi. Sebab kena ada gigi sokongan kiri dan kanan untuk mengukuhkan gigi yang lompong tu.  Gigi kiri dan kanan kawasan gigi yang telah dicabut pula akan dihakis untuk meletakkan jambatan gigi. Satu gigi harganya RM1,000.00. Dalam kes saya kena 4 gigi yang terlibat termasuklah gigi kapak. Jadi jumlahnya adalah4,000.00. Bila terbayang yang Dr akan kikis gigi kapak untuk pasang Bridge rasa macam tak sanggup rasanya merosakkan gigi kekal yang tiada masalah. Sayang gigi kite kan. 

Pilihan yang ketiga yang paling saya tak nak buat adalah gigi palsu. Rasa macam dah tua je kena pakai gigi palsu. Harga gigi palsu pula dalam RM450 dan tambahan RM50 untuk setiap gigi yang berikutnya. Kalau kena pasang dawai kena tambah lagi RM50.

Sedih rasanya.. Dulu Doktor gigi datang sekolah selalu pesan suruh jaga gigi,rawat gigi. Jangan lupa gosok gigi. Bila kita jaga sejak kecil, gigi susu jadi kuat dan tak nak tanggal pula. Dah besar menyusahkan juga. Menyesal pula rasanya bila jaga gigi masa kecik kecik dulu.

Masa Nurse cek gigi, kenapa la dia tak cabutkan gigi susu ni terus ye. Dah tau ada gigi susu tak tanggal, cabutkan je la. Jadi ape gunanya datang ke sekolah cek gigi. Huhuh..

Pastu kite pon request nak buat braces. Mungkin boleh cantikkan sikit gigi. Doktor akan ambil X-ray untuk tengok kedudukan gigi terlebih dahulu. Semasa X-Ray dijalankan, tak boleh pakai sebarang barang kemas atau besi seperti subang, penyepit rambut  ataupun rantai.  Doktor akan ambil gambar depan dan juga sisi. Kalau nak copy X-ray dalam pendrive, perlu bayar RM 25.

Selepas ambil X-Ray, Doktor akan buat acuan gigi atas dan bawah. Saya baca banyak blog, ramai yang cakap rasa tak sedap,  bila acuan tu dimasukkan ke dalam mulut rasanya tak sedap. Ada yang rasa nak muntah dan sebagainya. Tapi mungkin tengok pada kemahiran Doktor sendiri tu kot. Saya tak de rasa apa apa yang tidak selesa. Sebab proses buat acuannya sekejap je.. Dalam dua minit atas, dan dua minit bawah.

Oleh kerana Doktor yang saya jumpa ni bukanlah Doktor yang buat braces dia suruh saya datang lagi untuk jumpa Doktor Braces minggu depannya. Berdasarkan kepada X-Ray gigi saya, ada gigi kekal kat dalam gusi. Jadi, kes saya bukanlah kes mudah. Mungkin akan melibatkan Doktor pakar. Jadi, Doktor nasihatkan saya untuk berbincang dengan Doktor Pakar pada minggu depan untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses dan juga harga untuk pasang Braces.

Harga untuk X-Ray dan buat acuan adalah RM200.


Bersambung….


No comments: