Wednesday, December 19, 2012

Posisi Tidur Wanita Mengandung

Bila perut sudah membesar dan usia kandungan pula sudah meningkat, pasti kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit badan.
Nak tukar gaya tidur pun da susah masa ni.
Nak peluk bantal perut terasa sempit kan???
Hehhe... Di sini ada beberapa tips yang dapat dijadikan rujukan untuk ibu-ibu mengandung ye....

Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah posisi tidur mengiring ke kiri
Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke-16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih. Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara peha anda dan satu di bahagian punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.
Contohnya macam bantal di bawah ni...
Bantal untuk ibu hamil
Tidur miring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi miring ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.
Posisi tidur ibu hamil

Tidur Dengan Posisi Terlentang
Selepas minggu ke-16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguang pencernaandan mengganggu pernafasan dan peraedaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah sesetengah wanita yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan mereka pening kepala.
Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi, adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dalam posisi terlentang.


Jika anda bangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang tidur terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Usah aje ke posisi miring semula.

TIPS MENGATASI KESULITAN TIDUR SEMASA HAMIL
Posisi Tidur Yang selesa.
Faktor terpenting untuk mendapatkan tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke kiri. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.
Mandi Dengan Air Panas.
Mandilah dengan air panas ( tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. Rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.
Hindari Makan Makan Terlalu Banyak Sebelum Tidur.
Ibu hamil seringkali terasa ingin makan sesuatu sebelum tidur.Tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. Cuba hindari makan terlalu banyak atau kenyang sebelum tidur. Anda dapt menggantikannya dengan makan makanan ringan yang lain atau segelas susu panas. Ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut anda yang akan mempengaruhi tidur anda.
Minum Segelas Susu Panas
Ia akan membantu anda tidur dengan nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang dapat membantu anda tidur lebih selesa.
Berjimak
Berjimak dengan pasangan anda juga adalah salah satu cara yang baik untuk memberikan rasa relax dan santai buat anda. Tetapi jika anda merasa tidak mahu melakukannya, mintalah pasangan anda memnerikan urutan yang lembut sehingga anda berasa tenang dan bahagia kerana dimanjakan.
Latihan Menarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan dapat membantu anda tidur lebih selesa. Carilah posisi yang selesa untuk duduk, berdiri atau berbaring, lalu tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. Kemudian hembus nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.

Tuesday, December 18, 2012

Antara Suami dan Isteri..

Syurga suami  dibawah tapak kaki ibu. Tetapi syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Tetapi tidakkah kamu sedari sebelum kamu menikahi isterimu bagaimana tangggungjawab kamu ke atas ke dua ibu bapamu? Berapa kali kamu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapamu? Bukankah kamu lebih suka keluar melepak dengan kawan-kawan berbanding pulang ke kampung sewaktu kamu bujang dahulu? Berapa kali pula isterimu pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Setelah kamu bernikah kenapa pula kamu sering bergaduh dengan si isteri apabila tiba waktu pulang ke kampung. Adakah kamu tidak suka keluarga isteri atau kami iri hati akan isteri dan keluarganya? Bila isterimu mengeluh ingin pulang ke kampung kerana rindukan keluarganya, kamu memberi alasan kamu kena jaga ibu bapamu kerana syurga kamu di bawah tapak kaki ibumu. Fahamilah wahai suami, sebelum isterimu menikahimu dia mungkin pulang ke kampung setiap minggu. Mungkin dia perlu masa untuk berubah dan menerima kenyataan yang ibu bapanya sudah tiada hak ke atasnya lagi. Mungkin dia juga tidak sedar selepas akad dilafazkan, dia mungkin akan terpisah dari ibubapanya. Orang selalu kata 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Tetapi jika anaknya adalah perempuan bagaimana dia dapat menjaga ibunya jika tidak mendapat keizinan suami? Isteri hanya boleh menangis dan bersedih sahaja tanpa pengetahuan suami.

Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
Tetapi tidakkah para suami sedar bahawa biasanya isterimu (anak perempuan) andalah yang paling rapat dengan ibu bapanya berbanding anak lelaki. Isterimu juga dibesarkan oleh ibu bapa yang mencintaimu seumur hidup. Biasanya apabila belajar di Universiti ataupun telah bekerja anak lelaki jarang ambil berat mahupun pulang ke rumah ibu bapa mereka. Tetapi berlainan dengan anak perempuan mereka pasti akan pulang ke kampung walau ada sedikit cuti kerana peresaan mereka pada ibu bapa lebih mendalam dan kuat. Suami mungkin mencintai isteri lebih dari ibunya sendiri, tapi suami kadang-kala tidak mungkin akan sesetia dan sekasih sorang ibu bapa terhadap anaknya. Walau seburuk manapun anaknya ibu bapa tidak akan meninggalkan dan memburukkan anaknye sendiri. Mereka tidak pernah membandingkan anak mereka dengan anak orang lain dan akan berusaha memenuhi permintaan anak mereka. Tetapi kadang kala suami akan menengking, memaki, memarahi, menipu dan juga menduakan isterinya.


Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga     dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya dia bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenali dan hanya terikat dengan ikatan rahim ayah dan ibunya.
Tetapi... tidakkah engkau sedar wahai suami, isterimu juga dibesarkan dan ditanggung nafkah oleh ibu dan bapanya sehingga dia berjaya. Dia juga ingin membalas budi ibu dan ayahnya apabila sudah dewasa. Dia sanggup menikahimu, lelaki asing yang bari dikenaliny dan meninggalkan ibu bapa yang menjaganya sebaik-baik manusia demi kamu. Jadi janganlah kami menghalang dia dari terus berjumpa atau ingin membalas budi ibu dan ayahnya. Cubalah fahami isi hatinya.



Tanda-tanda kehamilan dan kaedah menentukannya

Adakah anda hamil? jika anda sedang hamil, beberapa perkara dan tanda-tanda kehamilan akan berlaku kepada anda pada peringkat awal kehamilan. Apabila anda ragu-ragu tentang perkara ini, cubalah perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri anda. Antara perubahan tersebut adalah:

1. Tidak datang haid atau menstruasi
Jika anda sedang hamil, anda tidak akan datang haid lagi. Ini kerana dinding rahim anda sedang dipersiap untuk proses kehamilan. Amat penting untuk anda mengetahui hari pertama haid anda yang terakhir. Ia untuk menentukan usia kandungan anda dan perkiraan tarikh bersalin. Perlu  diingatkan di sini bahawa tidak datang haid mungkin disebabkan perkara lain juga. Oleh itu, jumpalah doktor anda untuk pengesahan.

2. Mual dan Muntah
Berasa mual dan muntah atau alahan kepada bau makanan sering terjadi kepada anda sebagai tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana berlaku perubahan hormon di dalam badan. Ia juga turut dikenali sebagai "morning sickness" kerana mual dan muntah sering terjadi pada waktu pagi pada bulan-bulan kehamilan.

3. Sering membuang air kecil
Ia terjadi kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar. Perkara ini pada kebiasaannya akan berterusan selama tempoh kehamilan anda. Tetapi, selepas minggu ke-12, ia akan menjadi sedikit berkurang dan timbul kembali pada minggu ke-28 kehamilan.

4. Mengidam
Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu yang sedang mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda menginginkan makan makanan tertentu sahaja. Gejala ini sering berlaku bulan pertama sahaja.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang hamil seperti :
  • Perubahan saiz payudara secara drastik
  • Puting membesar, bewarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal dan sakit
Setiap wanita mempunyai gejala dan tada-tanda kehamilan yang berbeza-beza dan berlainan antara satu sama lain. Ada yang membebankan dan ada pula yang langsung tidak memenatkan dan tidak mempunyai keluhan. Jika gejala-gejala tersebut masih belum terdapat pada anda, maka anda dapat memastikannya dengan ujian lain.


Monday, December 17, 2012

Petua mengetahui jantina Anak..

Setiap ibu mengandung pasti sangat teruja untuk mengetahui jantina bayi masing-masing kan?
Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dan sahabat handai sibuk bertanya 
' Baby perempuan ke lelaki?', 'Da scan ke?'..
Mungkin ramai yang ingin tahu jantina bayi mereka kerana senang bagi mereka untuk membuat persiapan untuk membeli barangan bayi mereka.
Biasanya warna pink untuk bayi perempuan manakala warna biru untuk bayi lelaki.
Tetapi ada juga yang tidak ingin tahu jantina anak mereka. Biar surprise katanya...
Apapun semuanya terpulang kepada ibu bapa masing masing samada mahu tahu atau tak jantina masing- masing.

Apakan jantina anak anda??
Bayi lelakikah?

Bayi perempuankah?

Di sini ada beberapa petua yang boleh dibaca sebagai penambah ilmu pengetahuan untuk mengetahui jantina bayi anda selain daripada kaedah scan....

1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat dari perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayi seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau keenam.

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi adalah perempuan, Dan bayi lelaki pula sebaliknya, di sebelah kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan lebih cenderung ke arah kiri. Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin. Jika jantina adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun agak tajam dari sisi kedepan. Bahagian pinggan akan rasa lebih kosong.

4. Orang memuji anda.
Cara ini adalah untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan daging bagi bayi lelaki. 

6. Kelakuan 
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

7. Cincin
Sesetengah wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana menggunakannya? Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung. Perhatikan cincin anda. Jika bergoyang lurus kehadapan bayi anda kemungkinan lelaki, Dan, jika pergerakan cincin kearah melintang adalah perempuan.

Sumber :http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/10-cara-mengetahui-jantina-bayi-anda.html

Kita hanya mengharap dan merancang, tapi Allah yang menentukan. Lelaki atau perempuan semuanya okeh ajer.... kan???

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Se lain itu, masyarakat cina juga biasanya percaya kepada carta ramalan jantina anak berdasarkan kalendar cina.

Jom baca dan lihat bagaimana mengetahui jantina anak anda melalui kalendar lunar cina. Ianya juga sesuai jika anda ingin merancang jantina anak anda.
Klik gambar untuk melihat lebih jelas

Perhatikan jadual di atas.
Menurut sejarah, manuskrip ini telah ditemui tertanam selama 700 tahun di makam kerajaan Beijing.
Kewujudan manuskrip ini dipercayai disebabkan oleh keinginan yang kuat pada zaman tersebut untuk memiliki anak lelaki sebagai waris dalam keluarga.
Dimana ia kemudianya diamalkan oleh kebanyakan orang di cina dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia. Ketepatan manuskrip ini telah dibuktikan ribuan orang dan dipercayai 90% tepat.
Kini manuskrip asli ini telah disimpan oleh institit di Beijing.

Bagaimana menggunakan jadual ini?
Jika si ibu berusia 23 tahun semasa persenyawaan anak berlaku pada bulan Mac, maka bayi akan lahir berkemungkinan besar adalah perempuan.

Sumber : http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/carta-ramalan-jantina-anak-berdasarkan.html

Sunday, December 16, 2012

Hilangnya Permata Berharga Dalam Family Kami..

Dia seorang anak, ibu, kakak dan isteri yang sangat ceria, memahami, periang, pemurah dan pelawak...
Yang sangat menceriakan keluarga kami dengan keriuhan suaranya..
Dialah, Zayana Zahira binti Ahmad Anuar...
Insan yang pasti bertakhta di hati kami sekeluarga setiap detik sehingga ke akhirnya..
Rindu padanya...
Gelak tawanya...
Masih berserikah raya nanti tanpa kehadiran dia??
Masih berserikah keluarga ini bila berkumpul tanpa kehadiran die??
Kerana dia adalah penyeri keluarga Haji Ahmad Anuar & Hajjah Kamsiah Jamaludin...
Dia menceriakan kami dengan telatahnya yang bersahaja....
Dia kakak yang memahami...
Dia adalah seorang anak, kakak, cucu, isteri dan ibu yang sangat penyayang, memahami dan disenangi..

Tragedi itu berlaku pada tanggal...
9 November 2011.
Kegembiraan yang dinantikan bertukar menjadi sebuah kisah tragis.
Kami adik beradik telah berpakat untuk berkumpul di KL untuk menjemput mama dan babah yang baru balik haji pada 11 November 2011.
Semua kami sangat excited menunggu kepulangan orang tua tersayang. Mama dan babah pun x sabar untuk pulang ke tanah air. Ingin berjumpa dengan anak-anak, saudara mara terutama long dan cucu sulungnya, Emir Darwish bin Khairul Fata...

Tetapi semuanya telah ditakdirkan,
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...
Pada pukul 9 malam saya terima panggilan dari adik, mengatakan yang kereta long mengalami kemalangan di persimpangan Maran. Adik dan baby Emir telah dihantar ke klinik Maran oleh sepasang keluarga menaiki lori. Sepanjang perjalanan baby Emir asyik menangis.

Tidak beberapa lama selepas itu, saya mendapat panggilan dari Syakila, dia memberitahu Long telah tiada lagi... Innalillaa... Perjalanan ke Raub terasa sangat jauh...

Semuanya berlalu dengan sangat sekejap..
Sekelip mata..
Kerana kesalahan orang lain yang memandu laju, Long yang menjadi mangsanya...

Arwah bersama baby Emir
Baby Emir beberapa hari selepas kemalangan di hospital Jengka.
Baby Emir beberapa hari selepas kemalangan di hospital Jengka.
Satria Neo yang dipandu dengan kelajuan lebih kurang 170-190km/j yang telah melanggar tayar belakang kereta hilux.
Keadaan kereta Hilux..
Keadaan Hilux..

Kadang-kadang terlintas kenangan ketika kelahiran baby Emir.
Tanggal 9 Jun 2012, 5 bulan sebelum kejadian ini terjadi.
Kami sekeluarga berkumpul di Hospital Pakar Kuantan, tidak sabar menantikan cucu sulung @ anak sedara pertama dalam keluarga kami.

5 tahun arwah menunnggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup setelah 3 kali keguguran tapi hanya sempat bersama baby Emir selama 5 bulan sahaja.
Arwah seorang yang sangat manja, periang, memahami, berterus-terang, happy go lucky, pemurah, kelakar dan penyayang. Arwahlah penyeri dan penyatu dalam keluarga kami.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Semoga Roh Long dicucuri Rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman... Amin...

Selamat Ulang Tahun yang pertama...

Selamat Ulang tahun yang pertama...

Hari ini tanggal 16 Disember 2012, 9.35 p.m, Genablah setahun usia perkhawinan kita...
Sudah setahun berlalu, pelbagai dugaan dan cabaran yang kita harungi,
Suka, duka, tawa gembira, tangis pedih kita lalui bersama,
Dugaan semasa bercinta dan bertunang tidak seberat dugaan yang kita hadapi setelah akad dilafazkan.
Ada sahaja dugaan dan keperitan yang kita lalui saban hari,
 Semoga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui lebih bahagia dan gembira,
Tiada lagi duka dan air mata.
Tiada lagi hasutan mahupun orang ketiga dalam kehidupan kita,
Air mata ini cukup setakat ini sahaja,
Kesetiaan dan kejujuran bersama sangatlah penting untuk mencapai matlamat keluarga sakinah ini....
Semoga Allah merahmati perkhawinan ini... Amin...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
My first letter on my first anniversary... Dear Meow Se
Happy 1st Anniversary

Today 16 Dec 2012 is our first anniversary.

2. I feel so lucky to have a wonderful woman. A woman that made my life complete. A woman that makes my day by the time I woke up. Til I get home from work. I Love you so much!

3. This day reminds me that Allah really loves me. For He gave the most wonderful person. And chose her to be my lifetime partner. I will alw
ays be grateful. Our anniversary reminds me that there is someone who Loves me, Support me,Understands me, Caress me, Take care of me, Stand by me, 364 days in a year!How lucky can I get? Another 365 days is coming up! Brace yourself, wifey!

4. No one can ever replace you, From the morning I wake up, Til I lay my head beside you. The comfort and love that I feel when I am with you, Those are irreplaceable

Thanks for being my Love.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Detik Itu...
Aku Terima Nikahnya...
9.35 p.m 16 December2012...

Lafaz Sakinah...
Heningnya... Sunyi Suasana... Lafaz sakinah bermula,
Apa rasa, Diterjemah hanya, Sebak Abah dan Tangis Ibunda,

Adalah aku, Wali puteriku,
Kuserah kini amanahku ini kepadamu,
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta, 
Lebih dari yang kuberikan kepadanya...

Dulu esakkannya bersandar di bahuku,
Tangisannya kini ku serah padamu,
Bukan bermakna, dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu...

Jadikanlah dia wanita syurga, mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama, Indah ia pada maksudnya...

Ku akur, Akan pesanmu,
Puterimu kini amanahku...
Iringlah dengan doamu, Bahagia kami dengan redhamu...

Monday, December 10, 2012

Karya Ramlee Awang Murshid

Novel??? 
Emm... Tak berapa nak minat sebab kebanyakan novel berunsurkan cinta-cinta,
gaya penulisan yang tidak menarik, melalut-lalut, dan yang paling x bestnyer hero dan heroin yang digambarkan mesti sangat sempurna, paling cantik dan hensem dan sebagainyalah...
Bosan... Bosan... Bosan..

Tapi dulu-dulu ada gak baca novel akak sebijik dua tapi tengok kepada penulisnyer jugak la, dan jugak novel-novel cerita hantu cam karya Tamar Jalis, Tok Peran, Tok Awang Ngah dan sebagainya. Memang best, pastu xberani nak tdo sorang-sorang. Hahaha...

Kini da terpikat ngan karya Ramlee Awang Murshid..
Walau x semua karyanya yang baca tapi boleh la layan sebab penulisan dan cerita die best kot.
Tapi kebanyakan novelnya ada yang bersambung-sambung. Dan yang terbaru die baru je mengeluarkan buku Sunan Musafir.. Sunan musafir adalah sambungan dari novel cinta sufi.. Semuanya ada 5 episod sebelum Sunan Musafir.. Rugi woo xbaca. Saye pun tak baca g.. Biasanya pinjam akak nyer je.. Hehehe..
Mari kita review dulu cerita-cerita best Laksamana Sunan yang sebelum-sebelum ni ye....

BAGAIKAN PUTERI (2005)
Mengisahkan tentang Haryani dan Laksamana Sunan...
Mereka bertemu dalam satu dimensi di luar batas kangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal manusia. Mereka dari zaman berbeza dan saling jatuh cinta.

Dani... Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus terpikat, Dia berusaha membawa Haryani kembali ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat keputusan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!!

CINTA SANG RATU (2007)

Kalau baca novel Bagaikan Puteri mesti tak sabar mengetahui sambungan selanjutnya.. Hehe... Novel Cinta Sang Ratu merupakan sambungan kepada Novel Bagaikan Puteri. Pasti ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani..

Pada akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia bertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Sebelum itu, die berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke 21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu...

Nak tau cerita selanjutnya??? Belila novel ni... Hohoho...

HIJAB SANG PENCINTA (2009)

Novel ini mengisahkan rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifuddin. Demi menjejaki keluarga tercinta Saifuddin atau Laksamana Sunan merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan.

Berita kepulangan Saifuddin ke Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifuddin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. jasadnya berpindah merentasi masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifuddin bertemu Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tembakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Novel ini adalah pelengkap trilogi 'Bagaikan Puteri' dan'Cinta sang Ratu' ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifuddin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri sesiapa yang menghayatinya...

CINTA SUFI (2010)
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melakau. Ingin mencari lelaki bertanduk dua. Tanpa diduga takdir menentukan Laksamana Sunan adalah lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penajajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. Cinta Sufi sebuah kesinambungan trilogi.

SUTERA BIDADARI (2011)
Saifuddin - Muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berasam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

Makluk Sumpahan- Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21, dia memburu sisa kejahatan berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertai kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada abad ke 21.

Friday, September 21, 2012

Pantang Larang Wanita Mengandung.

Dalam masyarakat melayu, terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut :

  1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati dan bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu juga akan mengalami kesulitan ketika mengandung. Tapi, yang sebenarnya tujuan larangan ini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  2. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikuatiri akan menyebabkan anak bakal lahir cacat anggota badan.
  3. Dilarang keluar rumah padawaktu petang atau senja dikuatiri hantu akan mengusiknya. Hendaklah menjauhkan diri dari orang yang tidak jujur dan rendah maruahnya.
  4. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikuatiri anak yang bakal dilahirkan cacat atau kulit gelap.
  5. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  6. Dilarang memikul batu kerana dikuatiri anak dalam kandungan lumpuh. Tidak boleh menanam pokok posang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  7. Ibu ditegah menyusun tempurung kelapa kerana dikuatiri anak akan botak kepalanya.
  8. Jangan membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikuatiri anak akan lahir cacat atau tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikuatiri kepala anak akan menjadi besar.
  9. Jangan minum air nenas atau kelapa pada trimester pertama kerana dikuatiri bayu akan gugur.
  10. Jangan mengikat mati benang / plastik nanti akan susah bersalin.
  11. Jangan mengetuk dinding rumah nanti uri bayi akan melekat pada rahim biarpun bayi telah selamat dilahirkan.
  12. Jangan mandi malam nanti air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.
  13. Jangan minum ais nanti saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengan pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.
  14. Elakkan minuman bergas atau kafein nanti kandungan mudah gugur.
  15. Jangan lilit tuala pada leher dan rambut nanti tali pusat akan melilit leher bayi.
  16. Kurangkan makan buah oren dikuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.
  17. Elakkan membuat kerja-kerja menjahit dikuatiri tali pusat akan berbelit dan sukar melahirkan.
  18. Apabila terlihat benda-benda yang pelik cepar2 beristighfar dikuatiri bayi akan menganan.
  19. Kurangkan makan pisang nanti rambut bayi akan terlalu lebat.
  20. Jangan makan betik muda kerana boleh menyebabkan keguguran.

Tuesday, September 18, 2012

Trip To Sarawak...

Trip to Sarawak : 12 Sept - 15 Sept 2012.
Sarawak yang indah dan bersih. Jalannya sangat licin dan cantik, berbeza dengan di semenanjung yang penuh dengan lubang-lubang dan bertampal-tampal.
Jika ada kesempatan pasti akan pergi ke sana lagi.

Ini adalah kali kedua sampai sarawak. Kali pertama pada 4 tahun lepas pada 2008. Tapi tak sempat berjalan. Perghh... Hotel die pon best. Mula-mula sampai terus menuju ke RiversideHotel..
Memang kelas la hotel die. Duk situ 3 malam jer...


~Hotel Riverside~
Makan malam di sungai Sarawak sebaik check-in hotel.

MATANG WILDLIFE CENTER
Pada Hari Jumaat, Sang Suami nak sangat melawat Matang Wildlife Center sebab nak melawat kawan-kawan die di sana. Tercapai juga hajatnya untuk melawat kawan-kawan di situ. Hehehe...
Tapi jika anda hendak melawat ke sini, eloklah sekiranya anda makan dulu siap-siap kerana di sini tiada makanan atau pun kedai dibuka ( jika datang padang hari Isnin-Jumaat).

Inilah rumah kawan saya...
Bersama orang utan..
Gembiranya dapat jumpa kawan....

SARAWAK CULTURE VILLAGE

Selepas melawat Matang Wildlife Center, kami pun bertolak ke Sarawak Culture Village. Jauhnya lebih kurang sejam perjalanan bagi yang tak biasa dengan jalan di sarawak.
Bayaran masuk ke Sarawak Culture Village adalah RM 60 dewasa dan RM 30 bagi kanak-kanak.
Tapi bagi penduduk tempatan hanyalah RM 25 je seorang.
Walaupun mahal tapi berbaloi-baloi. Tempatnya cantik dan berpeluang menonton persembahan orang sarawak. Persembahan diadakan setiap pukul 1 p.m dan juga 4 p.m.
Pekerja yang menjaga setiap rumah menghabiskan masa dengan membuat kraftangan, bertukang atau memasak. Mereka mengisi masa lapang dengan perkara-perkara berfaedah.
Bagusnya orang Sarawak. Tabik la...

 Bergambar di rumah Sawarak.
 Bersama orang Sawarak.
 Orang Sarawak yang hanya mesra dengan perempuan. Hehhe...
 Menaiki jambatan buluh.
Persembahan dari warga perkampungan Sarawak.


Pada keesokan harinya, sebelum pulang ke Semenanjung kami sempat melawat Jong's Crocodile Farm melihat buaya-buaya diberi makan.
Masa- 11 a.m dan 1 a.m

Monday, September 17, 2012

Perkara-perkara Yang perlu dielakkan sewaktu kehamilan.


Tips dan peringatan untuk bakal-bakal ibu :

  1. Jangan tidur waktu tengahhari kerana nanti baby akan jadi malas.
  2. Jangan makan buah tiap-tiap hari ( makan lebih kurang 2/3 kali je seminggu) kerana nanti akan terkena kencing manis atau baby besar.
  3. Jangan buat kerja tak habis nanti susah hendak bersalin.
  4. Jangan lalu dekat bara api. Contohnya : Elakkan lalu di depan orang merokok bimbang akan dapat kembar darah ( sakit sangat tau...)
  5. Jangan berdiri depan pintu masuk nanti baby susah nak bersalin.
  6. Mesti jaga emosi. Jika selalu marah baby akan jadi panas baran.
  7. Kalau rasa nak makan ape-ape terus jer makan nanti air liur baby meleleh.
  8. Kalau duduk atas tempat kotor jangan alas kertas nanti uri melekat susah nak keluar.
  9. Kalau boleh selalu bercakap dengan baby nanti baby akan jadi peramah.
  10. Jangn tidur lambat nanti baby malas @ berat tulang.




Perkara yang perlu dielakkan sewaktu hamil :

1. Penjagaan kuku tangan dan kaki

  • Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda.
  • Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi perkembangan janin.
2. Jalani Rawatan Muka :
  • Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas bahan kimia, tidak mengapa. Namun pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan bahaya.
3. Mewarna Rambut :
  • Seboleh-bolehnya elakkan mewarna rambut terutama pada trimester pertama kehamilan kerana bahan kimia dalam pewarna boleh meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan kepada kandungan.
4. Kasut Bertumit Tinggi :
  • Tidak perlu bergaya dengan kasut bertumit tinggi ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan dan jatuh.

5. Ubat Nyamuk :

  • Elakkan apa jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia dan boleh menjejaskan kandungan anda.
 6. Derma Darah :

  • Ibu hamil tidak digalakkan derma darah kerana mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda memerlukan banyak darah untuk kehamilan.
7. Durian : 
  • Elak memakan durian terutamanya pada trimester pertama kehamilan kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akan menyebabkan keguguran.
8. Bawa Barang :
  • Elak membawa barang berat apatah lagi kehamilan memasuki trimester terakhir.
9. Kapal Terbang :
  • Elak menaiki kapal terbang pada trimester kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambahkan risiko terhadap kehamilan.
10. Gincu bibir :
  • Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

Saturday, June 23, 2012

Surat Cinta Buat Suami...


Buat suami ku yang disayangi,
Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak  menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami.
. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Apakah kita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?
Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.
Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku. Aku hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada aku dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat aku terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?
Suami ku,
Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.
Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!
Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.Hati kta berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Allah Maha mengetahui. Mungkin apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan walaupun terkdang kita menyesali atas apa yang kita dapat dan sesal kerana terpaksa melepaskan sesuatu..
Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.
Suami ku,
Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. 
Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Dan itulah yang telah aku lakukan. Aku telah melepaskan semua yang aku sayangi dan keluar dari 'zon selesa' untuk  bersamamu walaupun hampir setiap hari aku menitiskan air mata mengharapkan hatimu berpaut kembali padaku dan melupakan dia yang berjaya mencuri hatimu sehingga berjaya menyingkirkanku pada awal usia perkhawinan kita. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.
Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. 
Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya.
Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!
Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…
Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

Wednesday, June 13, 2012

Ayam Goreng Berempah dan Daging Masak Hijau berempah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari nie kite masak ayam goreng berempah..
Sedapnya... Hari ni saye dan suami berpuasa...
Tak sabarnye nak berbuka makan ayam goreng berempah...
Nyummy... Nyummy...

Ayam Goreng Berempah Cara Saya...


Bahan-Bahan :

Ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
3 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

*********

Daging Masak Hijau berempah...
Boleh ke masak daging masak hijau berempah? Tengok kat internet, ayam goreng hijau berempah macam sedap...
So kite cuba masak guna daging... OK tak ek??
Kite try je la...



Bahan Bahan :
Daging yang telag dihiris-hiris ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
5 biji bawang merah *- saya guna 1 biji bwng besar+ 3 biji bwng merah
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
3 biji cili hijau *- saya letak 4 biji
5 - 7 bj cili padi hijau *- saya letak 15 biji sbb nak pedas lagi
1 pokok daun sup * ~ (* diblend)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 cawan air
garam
gula
 Beberapa btng kcng panjang
1 biji cili ~ dihiris serong
sedikit hirisan daun sup ~ utk ditabur
minyak


Cara memasak :

1.Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak.Toskan.
2.Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
3. Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
4.Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
5. Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
6.Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
7.Goreng seketika dan padamkan api.
8.Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.

** Menunggu masa berbuka bersama suami tercinta**