Thursday, October 20, 2022

Bagaimana rasanya pakai gigi palsu?

Bagaimana rasanya pakai gigi palsu?

Sekiranya korang masih muda ataupun gigi korang masih ada pilihan rawatan gigi yang lain seperti boleh buat rawatan akar dan boleh pasang crown atau bridge seeloknya buat lah rawatan akar dan pasang crown atau bridge. Kerana kalau korang pakai gigi palsu ni sangatlah tak best..

Korang tau tak macam mana rasanya pakai gigi palsu ni? Rasanya macam kat lelangit tu korang letak gula gula getah yang banyak kat atas lelangit tu. Pastu korang kena kemam gula gula getah tu seuumur hidup korang. Hahahahaha.... Seram tak?

Bila korang nak kunyah makanan pulak akan rasa tak selesa. Mungkin sebab belum biasa pakai gigi palsu lagi. Bila awak kunyah makanan gigi akan rasa tak sama. Akan rasa macam ada plastik kat gigi. Jadi macam mana nak kunyah kan? Kalau korang tanya doktor, of course la doktor akan suruh korang biasakan guna gigi palsu. suruh biasakan kunyah makanan, telan air liur dan sebagainya.

Bila pertama kali awak lepaskan gigi palsu tu, lelangit akan rasa lain macam. Macam geli geli gitu.. of Course la tak best kan… Pastu bila awak lepaskan gigi palsu tu bibir awak yang kat tempat gigi berlubang tu akan tertarik ke dalam mulut. rasa macam awak tengah hisap bibir tu plak.  

Hari ke 2 still akan rasa  tak selesa… Awak akan ada effect rasa nak muntah. Mula mula macam pelik kenapa a rasa nak muntah kan.. tapi itulah hakikatnya. Lidah juga akan rasa lain. Rasa macam kebas ke tak reti nak gambarkan macam mana.. mungkin seperti bila awak kemam gula gula getah selama 5 jam.. pastu ape jadi dengan lidah awak? Macam hilang deria rasa pon ada juga. Hari pertama percakapan tu masih ok lagi.. Bila dah 3-4 hari tu, percakapan akan rasa lain. Nak bercakap pon susah. Rasa macam lidah jadi pendek. Ataupun lelangit tu dah rendah. sebab tu cakap pon susah dan pelat. 

Selera makan akan automatic berubah. Kalau korang nak turunkan berat badan, mungkin skejap je berat badan akan turun kot. Sebab kita tak dapat makan dengan baik. Nak makan ayam tak dapat kunyah, Nak makan coklat, coklat tersekat kat celah celah gigi palsu, nak minum boba tea pon tak boleh kunyah boba. Sedih rasanya. Lidah pon tak dapat merasa dengan baik

Terasa menyesal juga bila tak kekalkan gigi susu tu.. Biarlah buruk sekalipon asalkan dapat merasai nikmat makanan..


No comments: